Sabtu, Januari 27, 2018

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gagal mengawal emosinya ketika mengulas berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama di negeri itu, sehingga melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai 'bodoh'.

Dalam sidang medianya itu, Guan Eng turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.

Beliau turut menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan sebagai tidak relevan.
"Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?
"Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.
"Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ujarnya juga pengamal media yang melaporkan isu berkaitan projek mega itu tidak profesional, beretika dan bermoral.

Malah beliau enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu, bertentangan dengan apa yang sering diuarkan bahawa dirinya memperjuangkan hak kebebasan media.
"Mereka tak tahu apa itu malu dan memang tak kenal malu, apabila saya cakap macam ini mereka hanya senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) boleh tanya... saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar," katanya.
Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Siasatan SPRM juga mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Butterworth.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Takde sebarang syarat dikenakan. Cuma perlu hantar link ke blog tuan sahaja.

      Padam
  2. Tu sbb umno masih sokong najib sbb najib pandai control macho depan media... sungguh suci dn sabar imejnya. Inilah ciri kalifah negara islam malaya.

    Begitu mudahnya percaya dgn imej luaran. Sama mcm caya kt pas hj hadi yg serbannya tk lekang dek hujan tk lapok dek panas.

    Org berakal nilai fakta dn hujah bukan emosi. Kau sepak satu org...org tu marah...kau kt dia emosi mkna dia salah... ko gila ke apa.

    BalasPadam
  3. bolo punyier CM komunis...melayu2 yg sokong apek ni lagi 10X bolo....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping