Jumaat, Januari 26, 2018

Badrul Hisham Shaharin tampil menyerahkan dokumen hampir 300 muka surat kepada SPRM berhubung sindiket yang terlibat dalam penyelewengan dan penipuan untuk mendapatkan tender projek perlombongan pasir di Selangor.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen itu terdiri daripada dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan juga surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan kegiatan itu.

Dalam laporan SPRM itu, beliau menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir.
“Berdasarkan jumlah dokumen yang dikumpul, kami menjangkakan sindiket itu memperdayakan orang ramai dan mengaut keuntungan melebihi RM500,000 komisen daripada aktiviti ini,” katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Sehubungan dengan itu, Si Chagubard berharap agar pihak SPRM akan melakukan siasatan dan tindakan segera berhubung rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan yang berlaku.

Sebelum ini, pihak SPRM telah menahan anak saudara kepada Azmin Ali yang juga didakwa turut terlibat dalam sindiket projek pasir di Selangor. Penahanan itu menimbulkan kekecohan apabila nama Si Azmin itu juga turut dikaitkan sekali!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping