Nampak gayanya, keputusan Si Ezam Kotak tu nak bertanding di Parlimen Shah Alam tidak mendapat sambutan baik dari Ahli Parlimen kawasan tersebut seperti mana yang diharapkan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dalam satu kenyataan mendakwa penyertaan Ezam akan menyebabkan pertandingan 4 penjuru dan ianya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
“Sama ada dia nak bantu PH, nak menyukarkan PH atau mungkin dia ada agenda tertentu, dia kena jelaskan. Dia kena yakinkan pengundi Shah Alam bahawa tindakan dia adalah wajar dan munasabah,” katanya kepada FMT.
“Terpulang kepada dia…hak dia…sistem demokrasi tetapi orang akan pertikai tujuan dan matlamat sebenar di sebalik tindakan dia.
Bekas senator dan Ketua Pemuda PKR itu sebelum ini mengesahkan dirinya akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai calon bebas.
Katanya, dia akur dengan keputusan NGO yang diketuainya, Hisbah Malaysia, dan bakal berhadapan dengan calon dari Barisan Nasional, Pakatan dan PAS di kerusi majoriti Melayu itu.
“Sebab apa, itu semua nanti saya akan maklum selepas Parlimen dibubarkan,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
“Fokus kita untuk bawa isu salah guna kuasa dan harta negara, jadi Shah Alam adalah medan terbaik untuk kita sampaikan mesej kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, Ezam juga turut memberikan alasan kononnya dia mampu memecahkan undi UMNO kerana dia pernah berada didalam parti tersebut seterusnya menepis dakwaan kononnya tindakkannya itu akan memecahkan undi Pakatan.
Setiausaha Hisbah Malaysia Abdul Ghani Haroon mengumumkan penyertaan Ezam dalam satu kenyataan semalam. Ini merupakan kali kedua Ezam mencuba nasib di Shah Alam, selepas ditewaskan calon BN Datuk Mohd Zin Mohamed dengan majoriti tipis 1,440 undi pada pilihan raya 1999.
Nak tarik undi sapa..undi ph-pas..tak mungkin..atas pagar..rugi sbb satu undi mahal hrganya..nk curi undi umno..sampah umno dah tak ada nilai lagi..
BalasPadamApe yg khalid samad dah buat selama 2 penggal d shah alam. Makan gaji buta. Cakap lebih. Klu mcm tu budak sekolah rendah boleh ganti dia. PRU 14 org shah alam campak kan jauh2 khalid samad ni klu dia bertanding. Org shah alam perlukam khidmat ahli parlimen yg betul ikhlas berbakti kpd masyarakat shah alam. Bukan ahli parlimen retorik dn berpolitik siang malam. Berkhidmat dan beramanah selepas setiap PRU sepatutnya menjadi pegangan nya. Kali ni PRU 14 jgn haraplah bg undi kat khalid samad. Org shah alam dah serik dah.kitak mahu Ahli Parlimen yg benar berkhidmat untuk org shah alam.
BalasPadamX boleh belah. Tengok muka pun dah menyampah
BalasPadam