Sabtu, Januari 20, 2018

"Tidur Sebantal Tapi Mimpi Lain - Lain"
Itu satu kenyataan yang cukup tepat untuk ditujukan kepada puak - puak Pakatan Haprak tu hari ini. Memang nampak jelas yang diorang ni suka membina istana diatas awang - awangan.

Atau dalam pepatah Melayunya, perangai yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak ni tak ubah sama seperti Mat Jenin yang suka berangan - angan benda yang tak tentu arah.

Nak pulak bila diorang sibuk bercerita pasal isu pencalonan Perdana Menteri Pakatan yang pada ketika ini hangat menerima bantahan secara terbuka dari kalangan puak - puak PKR.

Pertikaian itu timbul selepas pucuk pimpinan Pakatan Haprak membuat keputusan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU yang akan datang.

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak itu hanya sekadar bayangan mereka sahaja sedangkan hakikatnya, belum tentu diorang boleh menang.

Bak kata seorang sahabat, apa kejadahnya puak Pakatan Haprak tu sibuk nak bercerita pasal isu tersebut sedangkan dalam masa yang sama, isu dikalangan mereka pun tak boleh nak diselesaikan?

Katanya, perkara itu memang nampak cukup jelas apabila puak Pakatan Haprak tu mempunyai agenda perjuangan peribadi yang sengaja disembunyikan sesama mereka sendiri.
"PKR ada tujuan mereka, mahu membebaskan Anwar dari Penjara. Malah dalam PKR pun terbahagi kepada dua puak yang bertentangan.
"DAP pula mahu kaum mereka berkuasa dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik. Sementara PAN pula hanya menjadi tunggangan kepada DAP.
"PPBM pula hanya menjadi parti hanya merupakan sebuah parti yang menjaga kepentingan Mahathir untuk memastikan legasinya berterusan dan anaknya dipilih sebagai Perdana Menteri.
"Maka persoalannya, buat apa diorang sibuk nak bercerita tentang isu pencalonan Perdana Menteri sedangkan isu berkaitan hala tuju gabungan itu sendiri pun gagal ditangani?" soalnya.
Dari apa yang dibangkitkan, ianya memang sudah cukup membuktikan bahawa Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk membentuk sebuah gabungan mantap bagi menjaga kebajikan rakyat kerana mereka lebih mengutamakan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping