Bila seorang pemimpin yang sudah berusia bercakap pasal Politik sedangkan dia sendiri hanya sekadar LULUS SRP, maka jangan hairan la dia akan bercakap macam Si Mahfuz Bean ni.
Sebelum ini, video Mahfuz Bean berceramah sambil menghina Sultan Pahang tular dilaman media sosial. Dalam kandungan video itu juga, Mahfuz juga turut menyindir Tun Mahathir sebagai Penyangak.
Namun tindakan Mahfuz Bean yang mengaitkan Sultan Pahang dalam ceramahnya itu bukan sahaja dianggap sebagai tidak wajar. Sebaliknya, ia merupakan satu penghinaan secara terbuka.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah berkata, Mahfuz telah menunjukkan kecetekkan akalnya walaupun dia seorang pemimpin dikalangan puak pembangkang.
“Perbuatan kurang ajar Mahfuz yang membandingkan KDYMM Sultan Ahmad Shah dengan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir adalah perbuatan bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik berumur seperti beliau yang sepatutnya lebih faham akan sistem perundangan dan sistem beraja negara.
“Meskipun kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah berhenti bermain politik sehingga sering melibatkan sultan yang merupakan Raja Berpelembagaan di negara ini.
“Tetapi tindakan Mahfuz yang keterlaluan sehingga memalukan dan mempolitikkan keadaan kesihatan KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ditularkan itu sudah melampaui batas seorang ahli politik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahar turut mengingatkan walaupun Mahfuz merupakan seorang ahli Parlimen namun, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam.
Sehubungan itu katanya, Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.
Pemuda UMNO juga kata beliau, menggesa Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Ahmad Shah secara terbuka ekoran tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.
klu di negara thailand...org mcm mahfuz bean ni...dah hancur jadi bubur... kacang....
BalasPadam