Ada kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, tapi kenapa nama dia tidak dipilih? Itu persoalan yang terselindung disebalik kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Azmin.
Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Tun Mahathir mendakwa Si Azmin Ali tu ada kredibiliti, cuma nama dia tidak terpilih dalam proses pemilihan Majlis Presiden Pakatan Haprak tu.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, keadaan itu berbeza dengan dirinya yang dianggap tidak mempunyai kredibiliti namun masih lagi dicalonkan oleh puak Pakatan Haprak.
“Sudah tentu dia mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri tetapi dia tidak dipilih. Bukan sahaja perlu kredibiliti, tetapi mesti juga dipilih.
"Berbeza dengan saya yang tidak mempunyai kredibiliti tetapi mereka memilih saya,” katanya.
Dari satu sudut, kenyataan itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa Si Azmin Ali tu tidak menjadi pilihan dikalangan pemimpin Pakatan walaupun dia mempunyai kelayakan yang diperlukan.
Sebagai rekod, nama Azmin menjadi buruk apabila dia merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Wan Azizah dan seterusnya menggagalkan perlaksanaan agenda Langkah Kajang.
Tindakan Azmin itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan dari kalangan pemimpin PKR yang menyokong Wan Azizah. Malah ia juga mewujudkan ketegangan didalam parti DAPigs sendiri.
Majlis Presiden Pakatan sebelum ini mahu menggandingkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Sementara mereka, manakala Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Timbalannya.
PKR Selangor, yang dipengerusikan oleh Azmin, sebelum ini membantah dan mengkritik secara terbuka terhadap pencalonan Majlis Presiden Pakatan seperti yang telah diumumkan Ahad lepas.
Malah Ketua Wanita PKR mengakui kecewa dengan keputusan tersebut sambil mendakwa Pakatan seolah - olah tidak mampu menamakan calon Perdana Menteri “selepas 20 tahun berjuang”.
Selain Si Zuraida Mak Lampir dan PKR Selangor, anak perempuan kepada mendiang Karpal Singh juga turut mempertikaikan keputusan tersebut an berkata ia akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”. Namun ianya tidak diendahkan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.