Rabu, Januari 31, 2018

Ibarat macam 'Melepaskan Anjing Yang Tersepit'. Bila dah terlepas, tangan kita juga yang digigitnya. Itulah nasib malang PAS kerana terlalu mempercayai 'keikhlasan' palsu PKR sebelum ini.

PAS bukan sahaja dianiayai, malah mereka telah dikhianati oleh Rejim Pakatan Selangor secara terbuka. Padahal, jawatan Menteri Besar Selangor tu diorang yang berikan kepada PKR.

Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Sallehen Mukhyi tampil membuat pengesahan peruntukan DUN yang diwakilinya telah dibekukan oleh Rejim Pakatan Selangor sejak September tahun lalu.

ADUN Sabak itu turut menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit dijalankan oleh pihak pentadbiran Rejim pimpinan PKR itu.
“Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan).
“Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri ‘aircond'” dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, lapor Harakahdaily.
Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah - olah mahu mencari kesalahan, namun GAGAL kerana mendapati pengurusan di DUN Sabak tiada masalah.

Sebelum ini, Sallehen juga yang mengesahkan bahawa 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan seperti mana kebiasaan daripada pihak Rejim Pakatan negeri.

Sebaliknya, dia dimaklumkan oleh Pegawai EPU negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan sepenuhnya.

Inilah balasannya bila membantu menegakkan perkara yang batil dan memberikan jawatan kepada mereka yang tidak layak untuk menerimanya. Penyudahnya, diorang juga yang merana. Sekarang, terpaksa la diorang jadi Pengemis yang menagih simpati dari orang lain!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping