Rabu, Januari 31, 2018

Tular di ruang media sosial sebuah klip rakaman ucapan Tun Mahathir yang mengutuk pemimpin PKR, Si Ketua Penipu tu dengan yang dikatakan "GILA" mahu menjadi Perdana Menteri.

Video yang dirakam pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 itu dikatakan tular sejak nama Tun Mahathir dipilih untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili gabungan Pakatan.
"Yang diperjuangkan ialah (untuk menjadi) Perdana Menteri. Nak jadi Perdana Menteri, gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Orang lain bila disingkir daripada UMNO, mereka berdiam diri dan tak buat apa-apa dah.
"Tapi (dia) bila disingkir daripada UMNO, mereka melemparkan fitnah terhadap UMNO dan cuba mendapatkan sokongan daripada parti lawan supaya niat untuk jadi Perdana Menteri itu akan tercapai," kata Mahathir dalam ucapan tersebut.
Tun Mahathir juga mendakwa, sikap pemimpin seperti Si Ketua Penipu tu adalah amat cetek dan "patut" diwujudkan sehingga 100 jawatan Perdana Menteri supaya dapat diberikan kepadanya.

Namun kata-kata sindiran itu dilihat "kembali" kepada Tun Mahathir selepas dirinya dipilih menjadi calon Perdana Menteri "Sementara" Pakatan bagi menghadapi PRU ke-14 yang akan datang.

Ekoran itu, majoriti pengguna laman media sosial khususnya di kalangan pengikut PKR melancarkan kempen #UndiRosak bagi membantah pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Rata - rata pengikut PKR menganggap pencalonan Tun Mahathir itu sebagai satu langkah yang tidak lagi relevan mengemudi negara selepas 22 tahun diberi peluang memerintah Malaysia.

Maka tidak mustahil sekiranya penyebaran video tersebut adalah usaha pengguna laman media sosial Pro Pakatan yang kecewa dan tidak berpuas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan mereka mencalonkan Tun Mahathir sebelum ini!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping