Selasa, Januari 09, 2018

Bekas pimpinan tertinggi PKR hari ini menyifatkan Tun Mahathir bijak menggunakan peluang disebalik 'kelemahan' dikalangan Pakatan untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub enggan meletakan keyakinan tinggi terhadap kemampuan Tun Mahathir apatah lagi ia hanya bersifat sementara.
"Dr Mahathir bijak memanfaatkan keadaan muafakat parti-parti komponen yang lain yang tidak dapat mengemukakan dengan tegas calon PM, sehingga beliau ambil kesempatan atas ruang yang ada itu.
"Sementara sahaja, itulah keadaan yang ada... Saya tak kata itu yang terbaik, namun itu yang dapat dilakukan seketika oleh PH dalam menghadapi PRU14," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Mustafa dalam pada itu kurang yakin dengan kemampuan Mahathir untuk meyakinkan parti-parti pembangkang mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Dalam soal menggembleng supaya kita mampu berdepan satu lawan satu dengan BN. Kelihatannya, soal kemampuan dan kesediaannya untuk berbuat demikian. 
"Elemen kesabaran beliau untuk menyatukan pembangkang agak kurang dan saya kira, boleh membantutkan kemampuan pembangkang untuk berdepan dengan BN," ujarnya lagi.
Menerusi Konvensyen Pakatan semalam, gabungan itu mengumumkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Namun tempoh jawatan Tun Mahathir hanya bersifat sementara memandangkan gagasan itu akan mengusahakan pembebasan Si Ketua Penipu itu dan melantiknya sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.

Keputusan itu, bagaimanapun mengundang bibit-bibit kecewa di kalangan pemimpin pembangkang, terutama dikalangan puak PKR yang mempersoal kemampuan Pakatan yang GAGAL menamakan calon Perdana Menteri dikalangan mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping