Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan yang akan datang telah mengundang rasa kecewa Mak Lampir dan beberapa orang pemimpin PKR yang lain.
Dalam satu kenyataan Si Mak Lampir itu mendakwa, selepas 20 tahun berjuang, namun partinya seolah - olah tidak mampu untuk menamakan orang lain sebagai calon Perdana Menteri.
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya memetik laporan FMT hari ini.
Dari satu sudut, keputusan yang telah dibuat oleh puak Pakatan Haprak itu semalam membuktikan bahawa dikalangan pemimpin mereka, tidak ada yang layak untuk menjadi PM.
Nama - nama seperti Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pun turut terpinggir. Malah nama Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR juga diketepikan.
Semalam, gabungan Pakatan Haprak itu telah mengesahkan pemilihan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Sementara Pakatan, manakala Presiden PKR, Wan Azizah dinamakan sebagai Timbalannya.
Walaubagaimana pun, Pakatan juga akan mengusahakan pembebasan Si Ketua Penipu itu sebaik sahaja mereka menang dan akan mengangkatnya sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Ampan itu tetap beranggapan bekas Perdana Menteri itu hanya layak untuk menjadi Menteri Kanan sekiranya puak Pakatan tu menang kelak.
Namun, Si Mak Lampir itu berkata pengumuman tersebut tidak akan menghentikan gerak kerja bagi memenangi pilihan raya dan dia turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.
Sebelum ini, kemelut nama calon Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu menjadi bahan bualan hangat. Dan kebanyakkan pemimpin PKR menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana masih menganggap dia sebagai seorang Diktator!!!
Allahamdulilah...pemimpin Ph berjiwa besar walau ada sedikit kemelut. Yg pasti aku x kan undi bn ini kali.
BalasPadam