Rabu, Januari 17, 2018

Bak kata orang tua - tua, Terlajak Perahu boleh diundur. Tapi bila terlajak kata, buruk padahnya. Itulah nasib malang yang sedang menimpa Si Mahfuz Bean pada ketika ini.

Dek kerana kecabulan mulutnya sendiri yangterlalu taksub berpolitik sehingga sampai ke dalam longkang menyebabkan dirinya kini berhadapan dengan tindakan undang - undang.


Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Si Mahfuz Bean tu kerana memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.
Laporan berkenaan dibuat Badan Kebajikan dan Kerabat Pahang (BKKP) hari ini di ibu pejabat polis Daerah Kuantan.

Ahli Jawatankuasa BKKP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan menggesa tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang dikenakan ke atas Mahfuz.
“Sebagai badan yang mewakili kerabat-kerabat, saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya turut membuat laporan polis agar tindakan dikenakan ke atas individu yang menyebarkan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di bilik beradu baginda.
“Saya harap polis menyiasat siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan sehingga menjadi tontonan umum,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Semalam Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah menggesa Mahfuz membuat permohonan maaf kepada Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal itu.

Dan lewat petang tadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong bersama dengan 28 NGO diseluruh daerah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama membuat laporan yang sama terhadap Si Mahfuz Bean tu.

Tapi, tak heran la kenapa Si Mahfuz Bean tu bertindak menghina dan memperlekehkan institusi Raja - Raja Melayu secara terbuka sedemikian rupa. Orang yang setakat LULUS SRP ni memang tak boleh berfikir panjang!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping