Rabu, Januari 17, 2018

Heh! Nampak sangat janji nak memberi kebebasan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini hanya sekadar permainan Politik Retorik puak - puak Pakatan Haprak tu sahaja.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Perdana Menteri Pakatan Haprak tu memberikan amaran kepada mana - mana pihak agar tidak membuat kenyataan media sesuka hati.

Amaran itu diberikan khusus kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

Kata Tun Mahathir, isu berkaitan dengan bantahan serta ketidak-puasa hati dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu terhadap pencalonannya hanya sekadar isu dalaman semata - mata.
“Tentu ada orang setuju tak setuju. Kita runding tengok siapa calon ganti. Ini semua perkara dalaman tak payah lah media nak tahu,” katanya.
Sekiranya dilihat dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa Tun Mahathir cuba untuk menafikan kebebasan bersuara dikalangan pemimpin serta ahli Pakatan Haprak tu sendiri.

Sebelum ini, kepimpinan PKR Selangor terutamanya menolak cadangan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan dan menzahirkan kekecewaan secara terbuka.

Diantara yang lantang mempertikai pencalonan tersebut ialah Ketua Wanita PKR, Si Zuraidah Mak Lampir tu dengan alasan kononnya pencalonan itu membuktikan bahawa Pakatan ketandusan pemimpin muda.

Bahkan, PKR Selangor turut memberikan alasan kononnya pencalonan Tun Mahathir itu menunjukkan bahawa perjuangan mereka selama 20 tahun sebelum ini hanya dianggap sia - sia sahaja.

Tapi malangnya, luahan rasa kecewa dan bantahan yang dibuat oleh PKR Selangor itu lansung tidak diendahkan. Sebaliknya, mereka pulak yang dianggap sebagai 'Musuh' apabila membuat luahan seperti itu kepada pihak media!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping