Orang ramai dinasihatkan supaya tidak termakan dengan janji manis yang terkandung dalam manifesto Pakatan Haprak yang telah diumumkan pada konvensyen parti itu Ahad lalu.
Ini kerana, janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh Rejim Pakatan Haprak pada ketika itu sehingga eke hari ini masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Aktivis politik propembangkang, Khalid Mohd Ismath ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh PH menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat.
Ketua Pemuda PSM menjelaskan, apa yang diingatinya, Rejim PR Selangor ketika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan.
“Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat dilaksanakan lagi.
“Gaji minima RM1,500 yang dijanji kepada guru KAFA di Selangor, mana?” soal beliau menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.
Kerana janji itu juga, pada April 2015 sekumpulan guru KAFA diketuai Ekhsan Bukharee Badarul Hisham telah dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, dengan alasan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru itu mendapat markah rendah, bukan berkaitan dengan isu provokasi yang dilakukan Ekhsan Bukharee.-
Lama dah tak dengar si Syiah ni bising. Bagus jugak dia masuk PSM, kalau masuk PAN sia sia perjuangan dia terlentang kat tengah jalan mcm dulu tu 😂
BalasPadamKan PAN tu parti syiah...