Agak menghairankan juga dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin ni. Kot ya pun dia nak lari dari kemelut pengagihan kerusi di Selangor, takkan dia sanggup mendakwa Tun Mahathir menipu?
Jika sebelum ini, Pengerusi gabungan Pakatan Haprak itu mendakwa isu pengagihan kerusi, sama ada diperingkat DUN atau pun Parlimen dikalangan mereka sudah dapat diselesaikan.
Namun realitinya, kemelut mengenai isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih menemui jalan buntu walaupun tarikh tempohnya sudah berakhir semalam.
Di Selangor, konflik pengagihan kerusi DUN masih lagi menjadi isu dan dibangkitkan oleh PAN yang mendakwa seolah - olah mereka sengaja dipinggirkan oleh kepimpinan Pakatan negeri itu.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PAN mendesak campur tangan pucuk pimpinan Pakatan Pusat agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu tersebut.
Namun, Si Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak Selangor tampil membuat dakwaan kononnya bukan di Selangor sahaja yang mengalami konflik pengagihan kerusi ni.
Sebaliknya, kata Si Azmin, rundingan mengenai pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih berjalan dan isu itu bukan sahaja berlaku di Selangor, tetapi di seluruh Negara.
“Kalau kita tak ada perbincangan, mana mungkin kita tahu di mana mereka berminat untuk bertanding. Cuma prosesnya masih berjalan. Seluruh negara belum selesai proses rundingan kerusi DUN,” katanya.
Secara tidak lansung, kenyataan Si Azmin itu dilihat bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini yang menganggap isu tersebut sudah diselesaikan.
Persoalannya, jika rundingan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih berjalan, kenapa Tun Mahathir menganggap ianya sudah selesai? Adakah Pengerusi Pakatan Haprak tu mudah untuk diperbodohkan oleh mereka yang ada disekelilingnya?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.