Wah! Sejak keluar dari PPBM tempoh hari, Si Ezam Kotak ni nampak gayanya dah 'Payung Emas' untuk dia berteduh walaupun pada hakikatnya dia terpaksa jadi seorang 'Penjilat Tegar'.
Kalau sebelum ini, Si Ezam Kotak tu cukup lantang mengutuk Si Ketua Penipu tu diatas pentas Politik dengan pelbagai tuduhan sehingga dia dilabelkan sebagai seorang Pelacur Politik.
Gelaran itu diberikan oleh Ketua Umum PKR yang menjadi sasaran Si Ezam Kotak selepas dia keluar dari parti itu dan mula berkempen memburukkan Si Ketua Penipu tu secara terbuka.
Kini, Si Ezam Kotak memilih untuk menjadi Penjilat Tegar kepada Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor. Melambung - lambung pujian diberikan kepada Si Azmin Ali tu.
Sebelum ini, Si Ezam Kotak tu pernah tampil memberikan sokongan kepada Azmin untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan. Namun, cadangan yang diberikan itu hanya sia - sia.
Sekarang, Si Ezam Kotak tu mendakwa kononnya pentadbiran cemerlang yang ditonjolkan oleh Si Azmin tu sejak menjadi Menteri Besar Selangor mengundang rasa cemburu pelbagai pihak.
Malah, kata Si Ezam, kebencian dan rasa cemburu itu bukan sahaja datang dari pihak lawan semata - mata. Tetapi sebaliknya, ia turut wujud dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.
“Jangan ragu dengan keupayaannya, melainkan memang ada di kalangan kawan-kawan sendiri yang tidak mahu Selangor menang kerana cemburu dan iri hati kepada prestasi cemerlang Azmin dan pasukannya.
”Mereka mahu Selangor kalah dan Azmin tumbang kerana mereka inilah pengkhianat bertopeng pejuang,” katanya.
Sebagai rekod, dalam PKR sendiri pun memang wujud dua kumpulan yang menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak tertentu. Dan perkara itu tidak lagi menjadi satu rahsia kepada umum.
Satu kumpulan menyokong Wan Azizah selaku pengganti kepada Si Ketua Penipu tu. Manakala satu kumpulan lagi hanya menjaga kepentingan Politik Peribadi Azmin Ali dan mahu dia menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.