Jika seminggu yang lalu, laman media serta dikalangan ahli Politik kedai kopi sibuk membicarakan soal pembahagian kerusi PRU dikalangan puak Pakatan Haprak tu di Selangor.
Isu itu dibangkitkan oleh PAN yang mendakwa PKR telah meminggirkan mereka dalam runding pembahagian kerusi DUN Selangor menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
PAN mendakwa, sehingga ke hari ini, PKR selaku 'Kepala Pakatan' Selangor tidak pernah mengadakan sebarang rundingan berhubung isu pembahagian kerusi dengan rakan sekutunya.
Isu yang dibangkitkan oleh kepimpinan PAN itu juga disokong oleh DAPigs Selangor yang turut mendakwa PKR juga tidak memanggil mereka untuk berbincang soal pembahagian kerusi.
Walaupun kepimpinan PKR menafikan dakwaan yang dibuat, PAN serta DAPigs tetap tidak berganjak dari pendirian mereka dan mendesak agar pucuk pimpinan Pakatan menyelesaikan isu tersebut.
Menurut laporan yang disiarkan semalam, Azmin Ali selaku Pengerusi Pakatan Selangor akhirnya menyerah kalah dan akan memanggil ke semua parti dalam gabungan Pakatan itu untuk bermesyuarat.
Jika dilihat dari satu sudut, isu mengenai pembahagian kerusi DUN di Selangor itu seolah - olah dapat diselesaikan melalui perbincangan yang dijadualkan semalam. Tetapi jangkaan itu ternyata meleset.
Kali ini, PPBM pulak mengeluarkan kenyataan media mendakwa keputusan berhubung pembahagian kerusi DUN yang dibuat oleh Pakatan Selangor semalam sebagai tidak diiktiraf.
Wakil parti itu menegaskan, PPBM tetap mahu bertanding di 12 kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum yang lepas dan keputusan itu tidak berubah.
Kata wakil PPBM itu, tindakan PKR yang turut membuat tuntutan ke atas 12 kerusi itu adalah sebagai satu langkah tidak masuk akal memandangkan tujuan PPBM adalah untuk menggantikan UMNO.
“PPBM ditubuhkan untuk bersaing dengan Umno dan menggantikan Umno, kerana itulah kita mahu meletakkan calon di 12 kerusi. PKR mahukan semua kerusi itu. Maka kita kosonglah. Tidak ada apa-apa keputusan pada hari ini,” katanya.
Kenyataan dari wakil PPBM itu secara tidak lansung membuktikan bahawa Pakatan masih GAGAL untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi kerana masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.