Jumaat, Februari 09, 2018

Alahai! Meroyan pulak puak PPBM ni bila RoS mengambil masa yang lama untuk meluluskan parti diorang. Yang satu meroyan sebab lambat dapat kelulusan. Yang satu lagi meroyan sebab lambat ambik tindakan.

Tuduhan dan dakwaan liar yang dilemparkan oleh PPBM terhadap RoS sejak kebelakangan ini sebenarnya hanya sekadar taktik Politik diroang je yang nak memberikan gambaran kononnya mereka ni 'Mangsa' RoS.

Mereka yang mendakwa kononnya pihak RoS sengaja melengah - lengahkan siasatan serta melambatkan pendaftaran Pakatan Haprak tu sebagai sebuah gabungan hanya alasan Retorik semata - mata.

Sedangkan RoS sendiri tidak mempunyai sebarang niat untuk melambatkan siasatan serta meluluskan permohonan yang telah dibuat. Tetapi masih ada isu yang belum dapat diselesaikan.

Dan RoS pun takde masa nak 'peram' aduan yang telah dibuat. Sebaliknya, mereka sedang menjalankan siasatan ke atas kedua - dua parti seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini.

Sehingga kini, RoS telah menerima dan sedang menyiasat sebanyak 249 aduan yang dikemukakan oleh ahli PPBM terhadap salah urus tadbir yang melibatkan Perlembagaan parti itu sendiri.
"Kami menerima banyak dokumen mengenainya (aduan) dan ia akan diteliti. Kami tidak boleh maklumkan berapa banyak aduan sudah disiasat," katanya dipetik Berita Harian.
Terdahulu, sebilangan ahli parti itu menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran aduan yang dikemukakan, khususnya bersabit isu pelanggaran perlembagaan, masih belum diambil tindakan.

Sehubungan itu pihak berkenaan mengancam akan mengadakan demontrasi di hadapan pejabat RoS jika jabatan itu enggan melakukan sesuatu dalam tempoh dua minggu yang ditetapkan.

Pokok pangkalnya, PPBM bukannya jenis Ikan Sepat yang boleh dibuat 'Pekasam' sedangkan RoS pun banyak lagi kerja lain yang perlu ditangani. Bukannya PPBM tu penting sangat sehingga terpaksa diberikan perhatian khusus!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping