Sekarang ni, di Selangor sedang kecoh perang perebutan kerusi yang dibangkitkan oleh PAN. Pelbagai kenyataan media telah dikeluarkan oleh kepimpinan parti tersebut secara terbuka.
Rata - rata, kepimpinan PAN membuat dakwaan kononnya Pakatan Haprak Selangor yang dipimpin oleh PKR itu tidak mengadakan rundingan berhubung isu pembahagian kerusi DUN.
Malah mereka memberikan gambaran seolah - olah PKR Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali tidak melaksanakan tanggungjawab seperti mana yang telah diarahkan oleh pucuk pimpinan.
Namun, Azmin pula mendakwa kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAN itu adalah tidak benar dan menuduh mereka sebagai pihak yang tidak amanah menyebarkan dakwaan sedemikian.
Alasan Si Azmin, perbincangan soal pembahagian kerusi DUN di Selangor itu telah diadakan sebanyak empat kali dan ianya melibatkan semua parti gabungan Pakatan Haprak tu.
Walaubagaimana pun, PAN menafikan kenyataan Azmin dan ianya disokong pula oleh kepimpinan DAPigs Selangor yang diketuai oleh Tony Puaka dalam satu kenyataan sebelum ini.
Tetapi, bagi sesetengah pihak, kemelut yang sedang melanda Pakatan Haprak tu hanya sekadar wayang Politik Azmin yang mahu memancing sokongan dari PAS secara diam - diam.
Pada hakikatnya, Azmin sedar bahawa PAN tidak mempunyai sebarang pengaruh dikalangan pengundi yang berada di Selangor. Maka sebab itu dia cuba memancing sokongan PAS.
Bagi Azmin, jika PAS tidak menyokong Pakatan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, peluang untuk mereka mengekalkan kedudukan sangat tipis dan kemungkinan dia akan hilang jawatan.
Malangnya, taktik wayang Politik Si Azmin itu dapat dihidu oleh PAN dan DAPigs. Maka sebab itu mereka sengaja membuat kecoh dan membangkitkan soal isu pembahagian kerusi.
Hairannya, kenapa kemelut yang sedang melanda Pakatan Selangor itu tidak mendapat perhatian Wan Azizah? Adakah dia tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku di Selangor?
ATAU, Wan Azizah sengaja membiarkan konflik itu berlanjutan sehingga ianya mula menjadi bahan bualan hangat dikalangan penyokong Pakatan di Selangor untuk menjejaskan reputasi Azmin?
Umum mengetahui bahawa Si Wan Azizah dan Si Azmin Ali itu tidak sehaluan biarpun mereka dari satu parti Politik kerana mereka hanya mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya untuk menjaga kebajikan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.