Sabtu, Februari 03, 2018

Mungkin dek kerana muslihat Si Azmin Ali tu yang cuba nak mendapatkan sokongan dari PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang membuatkan kartel dia menggelupor.

Kemungkinan besar, keadaan itu yang mendesak mereka mengatur serangan terhadap PAN secara bergilir - gilir dalam kenyataan media secara terbuka bagi menutup kemaluan Si Azmin.

Tiga pemimpin PKR dalam kenyataan berasingan menolak dakwaan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, mereka hanya dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

Pemimpin PKR itu masing - masing membuat pengesahan bahawa mesyuarat dikalangan puak Pakatan Selangor sudah diadakan untuk membincangkan pembahagian kerusi DUN di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, tidak wajar untuk PAN membincangkan isu itu secara terbuka sehingga menyebabkan kekecohan.
“Saya tekankan di tahap ini, sebenarnya tiada keperluan sebuah jawatankuasa baharu ditubuhkan kerana itu hanyalah permintaan Amanah untuk melengahkan rundingan. Sekarang, Majlis Presiden meminta kami teruskan, kami perlu sambung segera dan selesaikan pembahagian kerusi itu.
“Marilah kita bersama-sama bersatu dan selesaikan tugas ini. Matlamat utama kami ialah mempertahankan Selangor tidak kira apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, kepimpinan PAN dan DAPigs Selangor dilaporkan tidak tahu menahu mengenai sebarang rundingan pembahagian kerusi DUN seperti telah dinyatakan Si Azmin Ali itu sebelum ini.

Sementara itu, Zuraidah Mak Lampir berkata, Izham tidak patut kurang ajar dan merendah-rendahkan Azmin, sebaliknya dia perlu merujuk kepimpinan PAN sebelum membawa isu itu kepada media.
“Amanah mungkin sebuah parti baharu, tetapi pemimpinnya ialah ahli politik veteran dan sepatutnya tahu rundingan pembahagian kerusi memerlukan masa dan kesabaran.
“Mengkritik dan memberi kata dua melalui media tidak produktif. Perlu ada kematangan dan saling hormat-menghormati di sini,” katanya yang mengesahkan rundingan pembahagian kerusi sudah diadakan dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan raya.
Pokok pangkalnya, polemik pembahagian kerusi DUN dikalangan puak Pakatan Haprak itu di Selangor secara tidak lansung membuktikan bahawa mereka tidak mampu mencapai kata sepakat dan mempunyai agenda peribadi yang sengaja disembunyikan!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tak usah cakap pasal kematangan dn rundingan kpd Pan sbb mereka bukan tahu sangat nak menilai perkara tu. Latar belakang penubuhannya sudah cukup utk difahami.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping