Rabu, Februari 07, 2018

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin, berkata ugutan saman daripada beberapa pemimpin PKR tidak akan menghentikan pendedahannya mengenai kepincangan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor.

Si Chagubard tu berkata, dirinya tidak gentar untuk membongkar sebarang isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri, kerana yakin berada di pihak yang benar.
"Malah, saya cabar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei dan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar untuk menyaman saya.
"Kenapa hendak takutkan mereka (pemimpin PKR). Saya ada cukup bukti dan saya akan terus membongkar kegiatan rasuah serta salah guna kuasa pemimpin PKR Selangor," katanya dipetik BH.
Si Chagubard turut mendakwa, budaya pemimpin pakatan pembangkang yang sering mengugut untuk menyaman bertujuan menakutkan pihak yang mendedahkan salah laku mereka.
"Bila ugut mahu saman terhadap pihak yang membongkar salah laku mereka, sudah tentu pihak yang akan disaman ini berfikir dua kali dan akhirnya berhenti (membongkar salah laku)," katanya.
Sebelum ini, Chegubard menyerahkan memorandum setebal 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan perlombongan pasir haram di Selangor.

Ahli Seumur Hidup PKR itu mendakwa, beberapa orang pemimpin parti tersebut telah melakukan penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan tender melombong pasir di Selangor.

Berikutan itu, Mat Shuhaimi dan Dr Xavier memberi amaran kepada Chegubard supaya menarik balik kenyataan mengaitkan pemimpin PKR di Selangor berhubung penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan permit melombong pasir di negeri itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping