Selasa, Februari 06, 2018

Perpecahan pembangkang yang semakin parah menyebabkan Tun Mahathir kini terpaksa menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya berdemonstrasi malah membuat tuduhan tidak masuk akal.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bandar Baru yang merangkap Exco Kerajaan Barisan Nasional Kedah, Datuk Nor Sabrina Mohd. Noor hari ini.

Beliau menyifatkan tuduhan Mahathir darurat akan diisytihar bagi mengelak pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak wajar sekali walhal jentera Barisan Nasional (BN) sudah mula bergerak.
“Untuk apa isytiharkan darurat sedang kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang giat mempersiapkan jentera pilihan raya. Malah Perdana Menteri sendiri mahu seluruh jentera BN melaksanakan persiapan mantap untuk berdepan PRU 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja,” kata beliau dalam portal UMNO Online.
Malah, beliau berkata Tun Mahathir sebenarnya terdesak apabila kem pembangkang semakin berpecah dengan isu calon Perdana Menteri dan juga pembahagian kerusi ketika ini.
“Jadi, dakwaan Mahathir ini hanyalah gambaran betapa terdesaknya pakatan pembangkang yang kini berada dalam keadaan yang cukup huru hara berdepan kemelut calon PM dan berebut kerusi pilihan raya,” katanya.
Apa yang jelas, kehadiran Tun Mahathir dikalangan puak Pakatan Haprak itu sendiri memang tidak disenangi kerana sebahagian besar pengikut gabungan pembangkang itu benci kepadanya.

Dan desakan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa dia sendiri sudah hilang keyakinan terhadap kemampuan gabungan parti pembangkang yang diketuainya itu untuk menang PRU yang akan datang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping