Selasa, Februari 06, 2018

Nampak gayanya, Si Azmin Ali tu sengaja nak alihkan perhatian rakyat Selangor dengan membangkitkan soal pendirian politik Khalid Ibrahim menjelang PRU yang akan datang.

Soalnya, kenapa pulak Si Azmin Ali tu sibuk nak ambik tau mengenai pendirian Politik Khalid Ibrahim sedangkan dia merupakan orang yang menyebabkan bekas MB Selangor tu dipecat dari parti?

Mungkin juga Si Azmin lupa bahawa perbalahannya dengan PAN dan DAPigs di Selangor masih belum selesai. Sekarang, tiba - tiba pula dia nak menyibuk pasal pendirian orang lain?

Tambah memalukan ialah apabila Khalid Ibrahim menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Si Azmin Ali itu secara sinis dengan menyatakan bahawa dia tidak akan menyokong MB Selangor tu.
“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor”, kata Khalid Ibrahim.
Secara logiknya, sebagai orang nombor satu di Selangor, Azmin kena jawab balik isu lebih RM2 bilion yang rugi, bukan senyap seribu Bahasa, sebab rakyat negeri nak tahu kemana wang itu hilang. 

Jika dakwaan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim itu adalah benar, Azmin perlu menjelaskan kepada rakyat ke mana duit sebanyak RM 2 billion itu telah dibelanjakan. Adakah ianya untuk kepentingan rakyat?

Namun, sekiranya dakwaan itu tidak benar dan omongan kosong semata - mata, adakah berani Si Azmin Ali tu nak heret Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana cuba memfitnah dirinya?

RM 2 billion duit rakyat bukan satu jumlah yang kecil. Banyak perkara boleh dibuat dengan duit sebanyak itu untuk menjaga kebajikan rakyat. Kalau isu itu hanya didiamkan sahaja oleh Azmin, nampak sangat la yang dia seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping