Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Selangor hari ini tampil menyatakan sokongan penuh kepada Azmin Ali selepas menerima kecaman dari PAN dan DAPigs bersabit isu agihan kerusi di negeri itu.
Setiausaha PKR Selangor, Borhan Aman Shah berkata Azmin yang juga Pengerusi Pakatan negeri itu sepatutnya diberi sokongan serta kepercayaan dari parti gabungan yang lain, untuk menyelesaikan isu tersebut.
Terdahulu, Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini menggelarkan Azmin sebagai 'joker', merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR itu mengenai status rundingan kerusi di Selangor.
"Kedudukan Selangor yang terhormat dan makmur pada hari ini adalah usaha yang telah dijalankan oleh pasukan YAB Datuk Seri Azmin Ali.
"Maka kami mohon agar kesemua rakan dalam komponen PH dapat memberi kepercayaan penuh, setia dan sedia menyokong kepimpinan beliau tanpa berbelah bahagi, demi mempertahankan dan mengekalkan kemenangan Selangor di tangan Pakatan Harapan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini hari ini.
Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor sebelum ini mendakwa, Pakatan negeri itu telah mengadakan bermesyuarat sebanyak 4 kali bagi menentukan 80% kerusi DUN di Selangor.
Bagaimanapun kenyataannya dibidas Pengerusi PAN dan Pengerusi DAPigs Selangor Tony Pua, yang menyatakan mereka hanya menghadiri empat mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.