Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum semakin hari semakin terasa. Dan pelbagai strategi dan persiapan sudah diatur oleh pelbagai pihak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Namun, disebalik semua persiapan yang sedang giat dijalankan itu, ada juga mangkuk ayun yang tak sedar diri menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan perhatian, termasuk menjual nama pemimpin tertentu.
Dan yang paling hangat, nama YAB Perdana Menteri dipergunakan untuk membolehkan mereka yang berkenaan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang tak berapa lama lagi.
Perkara ini menjadi perhatian apabila ada segelintir mereka yang kemaruk nak jadi calon berkempen menggunakan nama Perdana Menteri seolah - olah mereka mendapat mandat secara peribadi.
Tambah memalukan ialah apabila mereka yang melakukan perkara sedemikian dilakukan oleh orang Barisan Nasional sendiri, sama ada mereka kini sudah menjadi wakil rakyat atau pun sebaliknya.
Angin takde, ribut takde, tiba - tiba pulak nama diorang boleh naik. Ada gambar berjumpa dengan PM, duduk sebaris dengan PM dalam program, menjadi modal jajaan pihak yang tak bertanggungjawab ni.
Malahan, ada juga yang sanggup menggunakan nama Pengerusi Perhubungan untuk menguatkan lagi dakwaan kononnya mereka mendapat sokongan penuh dari pucuk pimpinan.
Seharusnya sikap sedemikian secara tidak lansung memberi impak buruk kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri itu sendiri. Tapi, mereka yang kemaruk jawatan ni bukannya peduli.
Sebaliknya, mereka lebih mementingkan soal diri mereka sendiri. Mereka ini tidak memikirkan soal nak menjaga nama baik parti serta pemimpin atasan demi mencari publisiti murahan.
Dan kebiasaannya, orang seperti ini yang mudah kecewa, merajuk serta membawa diri dalam parti. Tambah memburukkan keadaan ialah apabila mereka bertindak meninggalkan parti.
Bila dah keluar dari parti, macam - macam pulak tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk pimpinan seperti mana yang dilakukan oleh mereka yang sudah keluar sebelum ini.
Dek kerana mereka yang tak dapat habuan, mereka yang syok sendiri, akhirnya yang dipersalahkan adalah pucuk pimpinan parti. Tapi, perkara seperti itu tak nak pulak diorang cerita. Tak nak pulak mereka dedahkan kepada umum!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.