Isnin, Februari 05, 2018

Heh! Nampak sangat yang puak - puak PKR ni menggelupor bila PAS mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding dikawasan Parlimen Permatang Pauh.

Antara lain, PKR mendakwa, tindakan itu membuktikan bahawa PAS berada dikemuncak kebencian terhadap bekas rakan sekutu mereka itu melalui pengumuman yang dibuat sebelum ini.
"Dari segi politik itu adalah petanda jelas kemuncak kebencian Haji Hadi terhadap Anwar Ibrahim dan parti Keadilan (PKR). Sehingga beliau sendiri turun (ke Permatang pauh) untuk mengumumkan PAS bertanding," katanya kepada Antarapos hari ini.
Namun bagi sesetengah pihak, dakwaan yang dikemukakan oleh PKR terhadap PAS itu dilihat agak ganjil. Kenapa PKR sibuk nak menghentam PAS hanya kerana parti itu nak bertading di Permatang Pauh?

Adakah PKR ingat kawasan Parlimen Permatang Pauh itu harta milik Tok Nenek diorang sampai orang lain tak boleh nak bertanding? Ke mana perginya semangat demokrasi yang dilaungkan?

Dan tambah menghairankan, kenapa pulak PKR nak menggelupor tak tentu arah bila PAS nak bertanding di Permatang Pauh tersebut sedangkan mereka dakwa kawasan itu kubu kuat mereka?

Jika betul Permatang Pauh itu kubu kuat PKR, maka parti itu sepatutnya tidak perlu merasa takut atau gentar. Apatah lagi nak rasa tergugat walau sesiapa pun yang datang nak bertanding kelak.

Kerana secara logiknya, mereka yang bertanding dikubu kuat ni akan menang walau macam mana cara sekali pun. Waima PKR letak Lembu jadi calon diorang pun, sudah pasti parti itu akan meraih undi.

Tapi, tindakan yang ditonjolkan oleh pemimpin PKR yang mendakwa kononnya PAS sengaja mengundang kebencian terhadap parti itu membuktikan bahawa andaian Permatang Pauh sebagai "Kubu Kuat" mereka hanya sekadar dongeng semata - mata!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping