Khamis, Februari 08, 2018

Sama seperti yang dijelaskan oleh Pemangku Raja Pahang sebelum ini, sesiapa sahaja yang dianugerahkan dengan pingat darjah kebesaran perlu menjaga etika mereka masing - masing.

Sekiranya mereka yang menerima anugerah darjah kebesaran itu tidak mampu untuk menjaga nama baik diri mereka sewaktu memakai gelaran tersebut, seeloknya ia dipulang semula.

Dan jika mereka enggan, pihak Istana mempunyai hak untuk menarik semula gelaran tersebut dari mereka yang telah menerimanya sebelum ini tanpa memberi sebarang sebab sekali pun.

Mungkin itulah nasib malang yang menimpa Si Husam Musa tu apabila darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk yang dia terima dari Sultan Kelantan sebelum ini ditarik balik.

Naib Presiden PAN itu dalam satu kenyataan media hari ini mendakwa dia menerima penarikan balik anugerah 'Datuk' yang dikurniakan oleh Sultan Muhammad V dengan hati terbuka.

Namun dalam masa yang sama, Husam juga turut menjunjung kasih dan taat setia kepada baginda walaupun tiada sebab yang dikemukakan oleh pihak istana diatas tindakan tersebut.
"Tuanku Sultan mana-mana negeri berhak mengurniakan anugerah ataupun menarik balik sama ada menyatakan sebab atau tidak. Itu tidak menjadi masalah dan saya akan tetap meneruskan khidmat sebagai ahli politik dan ketaatan saya pada baginda kekal seperti biasa.
"Saya menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang memaklumkan perkara tersebut petang semalam," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan media, Husam juga memaklumkan pingat berkenaan diserahkan semula selaras dengan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negeri Kelantan petang semalam.

Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) termasuk seorang lagi Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkuatkuasa pada 6 Februari lalu.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Husam perlu muhasabah diri. Tak perlulah nak tanya pihak lain kenapa gelarannya ditarik balik.

    BalasPadam
  2. Husam perlu muhasabah diri. Tak perlulah nak tanya pihak lain kenapa gelarannya ditarik balik.

    BalasPadam
  3. Husam perlu muhasabah diri. Tak perlulah nak tanya pihak lain kenapa gelarannya ditarik balik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping