Kenyataan Naib Presiden PAN, ujahid Yusof Rawa berhubung penarikan balik gelaran ‘Datuk' terhadap dua pemimpin PAN hanya diibaratkan seperti lebih sudu dari kuah.
Katanya, kenyataan Mujahid itu turut menyifatkan Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd Rahim sebagai 'mangsa' ekoran tegas menegakkan prinsip perjuangan Politik mereka.
"Lebih teruk ialah komen Naib Presiden PAN (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang bukan pun anak Kelantan tetapi adalah anak Pulau Pinang yang mencari makan di Perak, yang berlagak lebih sudu dari kuah dengan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran ini dibuat kerana ketegasan Haji Husam dan Haji Wan Abdul Rahim dalam menegaskan prinsip mereka seolah-olah mereka menjadi mangsa kepada perjuangan mereka," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Harakahdaily.
Mujahid dalam satu kenyataan melalui status yang dimuat-naik ke laman sosial Facebooknya semalam antara lain mendakwa gelaran itu bukan ukuran kepada perjuangan PAN.
"Mulianya seseorang bukan kerana pangkatnya tetapi kerana ketegasannya dan kerana itu dia hilang pangkatnya. Kami bangga dengan ketegasan dan kesopanan anda berdua dalam menegaskan prinsip..SALUTE!"
Posting itu bagaimanapun turut mendapat reaksi sinis daripada pelayar yang bersetuju dengan tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran terhadap dua pemimpin parti serpihan PAS itu.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Mujahid itu seolah - olah mempertikai keputusan pihak istana yang menarik balik gelaran 'Datuk' seperti mana yang dilaporkan semalam.
Bagi sesetengah pihak, tindakan Mujahid itu secara tidak lansung merupakan satu penghinaan terhadap pihak Istana yang didakwa cuba mencampuri urusan Politik negeri.
Hak istana nak beri dan nak ambil semula.
BalasPadamMuhasabah diri la..xyh la nk cover cm bgus Jamnapari tu..hak Sultan xpyh pertikai dn xpyh nk ulas lg ank rawa weii..akai kt lutut
BalasPadamKalu betol demo Berjuang.....xdok pakak tokleh berjuang ko ???????
BalasPadam