Nampak gayanya, PKR kini sedang berhadapan dengan sindrom hilang ingatan apabila mereka menafikan wujudnya dikalangan ahli yang tidak menerima kehadiran Tun Mahathir.
Mungkin pucuk pimpinan PKR kini terlupa bahawa mereka telah mendoktrinkan dalam kepala otak pengikut - pengikut mereka supaya membenci bekas Perdana Menteri itu selama 19 tahun.
Sindrom penafian atau Denial Syndrome PKR itu membuktikan bahawa parti berkenaan sedang cuba untuk meyakinkan rakyat supaya menerima dosa - dosa yang didakwa telah dilakukan oleh Tun Mahathir.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kumpulan yang menggelarkan diri sebagai 'Otai Reformasi' pernah membuat bantahan terbuka mengenai kedudukan Tun Mahathir dalam Pakatan.
Walaupun pada ketika ini, kumpulan Otai Reformasi itu sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka menentang Tun Mahathir, namun masih ramai lagi ahli PKR yang tidak boleh menerima Tun Mahathir.
Secara umum, rakyat sendiri menyedari hakikat tersebut. Dan pucuk pimpinan PKR sendiri pun sudah sedia maklum. Tetapi mereka masih cuba nak menegakkan benang yang basah dan menipu diri sendiri.
Realitinya, PKR kini bukan sahaja berada dalam keadaan terdesak mahu menumbangkan Barisan Nasional sehingga terpaksa menipu rakyat secara terbuka. Malah mereka juga sedang dilanda penyakit Kemaruk Lupa Ingatan persis orang yang sudah berusia 93 tahun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.