Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad mendakwa, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.
“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan).
“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya pada satu sidang media, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada asalnya.
“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.
“Tapi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.
Beliau turut menyifatkan tindakannya membuat keputusan mendedahkan hal tersebut menjelang PRU14 adalah keputusan yang tepat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.