Jentera pilihan raya gabungan pembangkang PKR di Felda Mempaga dekat sini lumpuh selepas ahlinya bertindak untuk tidak lagi berkempen bagi calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara.
Bukan setakat itu, kesemua mereka seramai 45 orang yang juga merupakan ahli PPBM dan PKR turut keluar parti itu ekoran tidak berpuas hati dengan kepemimpinannya di Parlimen Bentong yang seolah-olah tidak mempedulikan keperluan mereka semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang sedang berlangsung.
Ketua jentera pilihan raya gabungan pembangkang PKR Felda Mempaga, Rozaini Mokhtar, 35, berkata, penat lelah mereka berkempen untuk Syefura selama ini seakan-akan tidak dihargai malah dituduh pula menjadi dalang mensabotaj pusat gerakan gabungan PKR bagi PRU-14 di Felda tersebut.
"Disebabkan salah satu program mereka di sini tidak mendapat sambutan, salah seorang petugas Rara mengugut untuk membuat laporan polis dan mahu melibatkan saya dalam kejadian sabotaj pusat gerakan berkenaan.
"Bimbang menjadi mangsa keadaan, saya turut membuat laporan polis dan menafikan terlibat dalam kejadia tersebut. Saya tidak boleh tahan lagi, selepas berkerja keras berkempen untuk Rara di sini saya dituduh pula mensabotaj," katanya dalam sidang akhbar di Felda Mempaga di sini malam ini.
Dalam pada itu, ahli terawal PPBM di Felda Mempaga, Mazlan Zahar, 50, berkata, ekoran rasa dipergunakan dan diambil kesempatan oleh DAP, dia bersama rakan-rakan yang lain bertindak untuk keluar parti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.