Khamis, Mei 10, 2018

Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, kita dapat melihat kejayaan Pakatan untuk membentuk sebuah Rejim baru dibawah pemerintahan Tun Mahathir selaku calon bakal Perdana Menteri.


Namun apa yang pasti, beberapa implikasi yang bakal dilakukan oleh Rejim baru itu dapat dilihat dengan jelas. Diantara perkara yang akan mereka lakukan ialah menghapuskan sistem GST.


Malah Rejim Pakatan itu juga turut berikrar untuk menghapuskan syarikat kewangan strategik Negara, 1MDB yang didakwa telah menyeleweng dana Kerajaan untuk kegunaan peribadi.


Turut diramalkan akan dimansuhkan oleh Rejim Pakatan itu ialah projek - projek yang telah diumumkan Kerajaan sebelum ini. Misal contohnya, projek MCKIP di Kuantan akan ditutup dan dimansuhkan.


Maka 4000 rakyat akan hilang peluang pekerjaan jika sekiranya Rejim Pakatan mengambil tindakan sedemikian. Begitu juga dengan projek ECRL yang kemungkinan besar akan dimansuhkan.


Selain itu, rancangan PAS untuk membentangkan Rang Undang - Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen juga bakal berkubur dengan adanya Rejim Pakatan yang baru ini nanti.


Itu diantara perkara yang hampir pasti dilakukan oleh Rejim Pakatan yang baru ini. Belum tahu lagi apa yang akan mereka buat dimasa akan datang. Hanya keadaan sahaja yang akan menentukannya kelak!!!
Categories:

12 ulasan:

  1. Umat Melayu Islam tunggu dan lihatlah hasil pilihan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pasti penyokong najib akan merasa hiba bila najib masuk penjara kelak. Padan muke, tak mahu gunakan akal fikiran untuk menyokong macam semut hitam ini!!

      Padam
    2. Melayu akan merempat di tanah sendiri..

      Padam
  2. Camna yek boleh, yg x de parti dan yg ada parti sendiri tetapi bertanding atas logo parti lain. Main suka-suka hati je. Mcm. nipu pengundi pun ada. Pertama kali pm tanpa parti dan pakatan yg belum didaftarkan secara sah.

    BalasPadam
  3. salam bro. umno bn patut malu dgn dap. tengok camana diorang jaga kaum cina. aku cukup seronok tgok pemimpin dap. siap janji nak bagi geran tapak rumah jika diorang menang. umno? mmg takkan bagi punya kan melata lah engko tak bertapak. walaupun sekeping geran tak sampai 10 inggit harganya. hmmm

    BalasPadam
  4. rejim pakatan haram menang dgn cara haram..mereka kuasa media sosial maka bertaburlah fitnah hasutan caci maki bohong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH kuasai media sosial? Apakah kuasa PH yg ada?

      Padam
  5. umat di selangor ok jek... dulu pun kena haprak juga.. tara papa

    BalasPadam
  6. Harap allah swt menjemputnye pulang sebelum banyak kerosakkan yg dilakukan

    BalasPadam
  7. Menghapuskan 1MDB shj?

    Rakyat mahukan siapa sahaja yg terlibat dan membela mereka yg terlibat diheret ke muka pengadilan.

    Sedihnya smp kena tunggu PRU dan BN harus dikorbankan hanya kerana seorang manusia.

    Majlis tertinggi dan ketua bahagian yg bersekogkol menyokong pemimpin korup juga harus bertanggung jawab..

    Buang sifat alih tiang gol.
    Catch the bull by the horn.
    Jgn salahkan fitnah,berita palsu internet, mahathir dan dap .
    Jika UMNO ingin kembali menjadi juara, belajar salahkan diri sendiri, akui kesilapan sendiri, pandang yg dibawah bukan yg diatas.

    BalasPadam
  8. Sekali sekala macai2 haprak perlu tabah klu pemimpin2 mrk dikritik oleh rakyat.
    Tiada yg kekal dan tiada yg sempurna kecuali Allah swt.
    Bersedialah....hehehe

    BalasPadam
  9. bagaimana pula dengan projek pan-borneo yg melibatkan sabah dan sarawak?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping