Jumaat, Mei 11, 2018

Jika sebelum ini, Rafizi dengan penuh lagak sombong mendabik dada menyatakan bahawa dia tidak akan dipenjara dan terlepas dari hukuman sekiranya puak Pakatan berjaya menakluki Putrajaya.


Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menabur fitnah serta mendedahkan dokumen sulit secara terbuka dibawah Akta BAFIA yang telah difailkan oleh Pengerusi NFCorp.


Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rafizi kerana didapati bersalah melakukan tuduhan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding.


Malah Rafizi juga masih berhadapan dengan kes saman fitnah yang difailkan oleh Tabung Haji kerana membuat dakwaan terhadap institusi kewangan Islam itu. Kes itu masih sedang dibicarakan.


Persoalannya, adakah Si Rafizi itu akan terlepas dari sebarang hukuman seperti mana yang didakwa sebelum ini? Adakah pihak Rejim Pakatan yang baru akan mengambil tindakan terhadap pendakwaan yang dibuat?


Dan bagaimana pula dengan kes saman syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong yang sedang menanti keputusan dari mahkamah ini? Adakah kes itu juga akan digugurkan begitu sahaja?


Kalau sebelum ini, mereka sering mendakwa Kerajaan Barisan Nasional menyalah-guna kuasa dan mencampuri urusan Mahkamah. Maka adakah kali ini Rejim Pakatan baru itu akan melakukan perkara yang sama bagi mengelakkan pemimpin mereka dijatuhkan hukuman???
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Iyalah ..macam kerajaan bangsat yg dululah. Rafizi pejuang. Najib bangsat lepaskan penyamun macam dia je

    BalasPadam
  2. Tungu dan lihat, mana tahu cincin 24 juta akhirnya akan muncul....negehngehngeh.
    Yang pastinya duit beli lembu dan kondo di London pasti kena bayar balik, siap dengan faedahnya selama 5 tahun....kohkohkoh

    BalasPadam
  3. Betul2 terjadi.gugur sdh kes sdr.rafizi...kan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping