Jumaat, Mei 11, 2018

"Kebetulan atau Sudah Dirancang?" Itu persoalan yang dibangkitkan sewaktu berbual dengan seorang rakan malam semalam. Seolah - olah apa yang berlaku itu memberi gambaran tertentu.


Kemungkinan ianya satu Kebetulan dimana semua Negeri yang berada dipantai timur masih dikuasai oleh Kerajaan Pembangkang yakni Barisan Nasional di Pahang dan PAS di Terengganu serta Kelantan.


Kesemua Negeri itu berada dalam jajaran projek pembinaan ECRL yang kemungkinan besar akan dibatalkan oleh Rejim Pakatan yang baru ini. Dan kesemua Negeri itu pernah dipinggirkan.


Menurut kata seorang sahabat, selama 22 tahun yang lalu, Negeri di Pantai Timur ini bukan sahaja tidak diambil peduli, bahkan ada juga peruntukan tertentu telah ditarik balik secara 'Teknikal'.


Nak pulak soal isu tuntutan royalti minyak. Tapi dengar katanya, Rejim Pakatan yang baru ini akan memulangkan semula royalti itu kepada rakyat di Negeri yang sepatutnya menerima.


Begitu juga dengan soal pembangunan. Selama 22 tahun yang lalu, Negeri dikawasan Pantai Timur ini kurang mendapat peruntukan pembangunan sehingga menyebabkan rakyatnya mundur.


Infrasturuktur utama seperti jalan raya tak pernah dibangunkan. Malah pengangkutan awam seperti laluan keretapi juga tidak diperbaharui. Mungkinkah keadaan ini akan berlarutan?


Jadi, secara tidak lansung, memang masuk akal juga kenapa negeri - negeri di Pantai Timur ini masih dikuasai oleh Kerajaan Pembangkang kerana mereka menerima kesan secara lansung dari pemimpin yang memerintah sejak 22 tahun yang lalu!!!
Categories:

5 ulasan:

  1. Mengapa nak meroyan tak sudah-sudah.....?????
    Kamu semua telah dipilih untuk menjadi pemimpin dan membangunkan negeri, bukan????
    Samalah macam Selangor dan Pulau Pinang sebelum PRU14, terpaksa berusaha sendiri untuk memajukan negeri. Tiada bantuan dari Kderajaan Pusat, bahkan sepanjang masa sentiasa ditekan dan dimomok-momokkan.
    Hari ini belajarlah menjadi negeri-negeri pembangkang pulak.
    Kamu semua sudah memilih wakil,biarlah mereka berusaha membuktikan keb kebolehan masing-masing. Kalau Selangor dan Pulau Pinang boleh, takkan Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pderlis tak boleh....?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn la sombong puan minah baru jadi kjaan 5 hari dah tunjuk hebat. masa kau jadi pembangkang kau yg salah sekor yg hebat sebar fitnah. Haahhh kau tunggu klau pak najib buat silap salah malaikat d bahu dia tu menulis dan jgn fikir kau boleh terlepas..sombong...

      Padam
  2. Apa yang umno bn buat semasa tempoh 22 tahun lepas di sana? Takde apa?

    BalasPadam
  3. Tun m dah jadi pm semula kau tanya semasa jdi pm 22 tahun apa dia buat d sana?!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping