Jika dilihat semula perjanjian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan terhadap penduduk dikawasan tersebut sebelum ini, maka sudah pasti perkara itu akan ditunaikan seberapa segera.
Ahli Parlimen Kuantan serta Ahli Parlimen Bentong yang baru pernah berjanji secara terbuka untuk menutup kilang yang didakwa mengeluarkan bahan radiasi itu sekiranya Pakatan berkuasa.
Perkara itu telah menjadi sebahagian daripada bahan jajaan kempen yang digerakkan oleh kedua - dua Ahli Parlimen tersebut melalui gerakan Hijau yang dilaksanakan sebelum ini.
Kini, Pakatan sudah berjaya merampas Putrajaya dan membentuk Rejim yang baru. Maka persoalannya, adakah kedua - dua Ahli Parlimen itu akan menunaikan janji yang telah mereka buat?
Adakah kilang kontroversi yang telah menyebabkan rakyat di Kuantan berpecah belah itu akan ditutup seperti mana yang telah dijanjikan oleh kedua - dua Ahli Parlimen itu sebelum ini?
Apa yang pasti, rakyat sudah tentu akan menunggu tindakan selanjutnya. Nak pulak apabila Ahli Parlimen Bentong itu masih ada kes saman fitnah yang difailkan dimahkamah oleh syarikat tersebut. Adakah Rejim Pakatan itu berani mengambil tindakan sedemikian???
Bagusla tutup
BalasPadam