Rabu, Mei 09, 2018

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyempurnakan hak mengundinya petang Rabu, 9 Mei ini di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, Kampung Benus dekat sini.


Beliau yang berbaju merah – yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai, tiba bersama-sama isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim di luar pagar sekolah ini pada kira-kira 2 petang, sebelum mengundi tepat 2.10 petang.
Demi menunaikan permintaan pihak media khususnya para jurugambar dan jurukamera, beliau dan isteri sempat memberikan ‘pose’, menunjukkan jari yang telah tercelup dakwat menandakan telahpun mengundi.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada persidangan media yang disiarkan ‘live’ pada awal petang ini telah memaklumkan bahawa peratus keluar mengundi setakat 1.30 petang tadi ialah kira-kira 55 peratus.


Dan peratusan ini adalah dikira tinggi yang menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, adalah ekoran keghairahan pengundi di seluruh negara untuk mengundi pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping