Jika sebelum ini, hari RABU menjadi trending dilaman media sosial apabila Perdana Menteri mengumumkan hari ini sebagai hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke 14.
Maka, pelbagai spekulasi mula bertebaran dilaman media sosial mempersoalkan tarikh yang telah diumumkan. Kononnya berlaku konspirasi tertentu untuk memberi kemenangan kepada BN.
Tapi anehnya, keadaan dan suasana Hari Pembuangan Undi yang diadakan hari ini agak berlainan. Suasananya tidak seperti pada ketika Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.
Tiada sebarang provokasi yang tidak diundang berlaku. Tiada sebarang dakwaan kononnya wujud pengundi hantu di Pusat Daerah Mengundi walaupun ada satu dua kes yang dibangkitkan.
Namun, melihat kepada pola pengundian kali ini juga agak berbeza. Tiada sebarang 'Bot Luar' yang menghantar pengundi - pengundi yang telah dipindahkan. Tiada sebarang muka asing kelihatan.
Sesungguhnya, keadaan ini dilihat agak menghairankan dan ianya menjadi satu misteri. Ada juga laporan yang mengatakan bahawa kumpulan tertentu tidak menerima 'Arahan' untuk keluar mengundi.
Apa pun keadaannya, hari ini adalah hari penentu kepada masa depan Negara. Rakyat diberi tanggungjawab untuk memilih sama ada mereka mahu menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah Negara Hebat atau membawa bencana dimasa akan datang!!!
Dah kalah jgn salah sapa2 ya..cuba lagi 5 tahun akan dtg. Bye2 umno
BalasPadam