Secara kasarnya, rangkaian ini diwujudkan untuk kemudahan kita berhubung dengan rakan-rakan sama ada didalam mahupun yang berada diluar negara. Selain perhubungan, kita juga turut berkongsi acara, aktiviti yang kita lakukan seharian dan juga maklumat terkini yang boleh kita perolehi dari rangkaian tersebut. Maka dengan erti kata lainnya, kita dapat menelusuri kehidupan seseorang itu dari segi aktiviti kehidupannya melalui gambar dan juga maklumat berkenaan mereka yang mereka paparkan. Sesungguhnya, laman - laman tersebut adalah milik peribadi mereka dan bukan hak orang lain untuk menegurnya sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu betul atau tidak.
Amat malang jika kita perhatikan dimana kebanyakan mereka, terutamanya anak-anak muda Melayu di bandar-bandar yang terlibat secara lansung dalam aktiviti 'Night Life' yang tiada kekangan orang tua. Lihat di laman mereka, pasti ada gambar-gambar mereka pergi 'Clubing' bersama rakan mereka. Bukan hak saya untuk mengatakan aktiviti ini tidak betul, tetapi ianya membawa kearah Maksiat. Sabda Rasulullah S.A.W: Jangan sekali-kali kita mendekati maksiat.
Saya agak kesal apabila melihat anak-anak muda bangsa saya ini berpacaran, berparti (bukan Politik) dan menghabiskan masa mereka di Kelab-kelab malam. Jika kita tanya apa sebab mereka, pelbagai alasan yang dapat mereka berikan. Bukan mahu katakan mereka ini keluar malam dan minum arak. Tetapi cukup sekadar melihat cara pakaian mereka di kelab-kelab tersebut. Itu yang saya pertikaikan. Sama ada mereka minum arak, membuat maksiat atau tidak, itu diluar persepsi saya.
Apalah agaknya pandangan orang luar apabila mereka melihat keadaan ini? Adakah mereka akan mengutuk penduduk dinegara ini yang kononnya dilabel sebagai salah satu Negara Islam terkenal didunia? Atau adakah mereka akan berfikir: "Ah, Rakyat Malaysia ini sama sahaja dengan rakyat di negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan sebagainya. Atau adakah mereka akan rasa selesa apabila mereka menjejakkan kaki ke Negara ini?
Seperti contoh dua pasangan yang datang dari Negara Arab. Saya bertemu dengan mereka ini sewaktu saya bertugas disalah sebuah Hotel Ternama di Ibukota. Hari pertama mereka sampai, yang wanitanya memakai jubah lengkap siap bertutup muka dan sebagainya. Itu sebelah paginya. Tiba sebelah petangnya, mereka sudah pun menukar pakaian mereka kepada baju t-shirt dan jeans sahaja. Hari keduanya, mengagahkan diri bertanya kenapa keadaan berlaku sedemikian? Ini disebabkan di Malaysia mereka rasa selamat dan bebas untuk berpakaian sebegitu. Tidak seperti di Negara asal mereka yang mempunyai kekangan terhadap cara pemakaian rakyatnya.
Persoalan saya, adakah perkara ini membawa kebaikan atau keburukan terhadap masyarakat massa pada hari ini? Adakah ianya boleh melambangkan kemajuan bagi sesebuah negara yang mana rakyatnya bebas berpakaian apa sahaja?
Sama-sama kita fikirkannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.