Ahad, November 01, 2009

Memandangkan ini adalah posting saya yang pertama, maka adalah wajar saya menerangkan apa, kenapa dan mengapa blog ini diwujudkan.

Pertama, nama blog ini adalah Semut Hitam. Mengapa dinamakan Semut Hitam?

Pesan seorang guru Agama, jika kita mengkaji Kebesaran Kuasa Allah S.W.T dengan memerhatikan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka Insya Allah kita akan beroleh pahala.

Lihat semut hitam yang berada di rumah kita. Saiznya kecil sahaja. Jika diperhatikan kerja-kerja mereka sangat-sangat rajin. Mereka bekerja tanpa mengira penat hampir setiap hari. Mereka bekerja dalam satu organisasi yang besar secara kolektif tanpa mementingkan diri sendiri. Kerja-kerja seharian mereka hampir sama iaitu mencari sumber makanan untuk koloni yang mereka duduki.

Semut Hitam ini juga turut terbahagi kepada struktur-struktur tertentu yang memiliki kepakaran masing-masing. Seandainya koloni mereka diserang, maka mereka sama-sama bertanggung jawab mempertahankan koloni tersebut tanpa memilih atau sebarang persoalan. Seandainya mereka diarahkan untuk mencari makanan, mereka lakukan bersama. Demikian juga apabila mereka diarahkan untuk membuat sarang baru bagi penambahan koloni tersebut juga tanpa sebarang persoalan mahupun pertikaian.

Mereka hanya akur kepada satu arahan iaitu dari ketua mereka sahaja dan arahan itu dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas. Balasan terhadap keakuran mereka kepada ketua hanya dibalas dengan janji bahawa zuriat mereka akan berterusan. Dengan alasan yang mudah seumpama ini sahaja, semut-semut ini akan bangun setiap hari, pada waktu yang sama tanpa memerlukan jam loceng.

Sekarang fikirkan dengan otak kita masing-masing. Semut itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kita manusia. Mereka tidak perlu sebarang sistem perundangan yang kompleks bagi menerajui koloni mereka. Malah mereka hampir tidak pernah berbalah sesama sendiri dan mereka faham tugas dan tanggungjawab mereka secara lahiriah.

Yang lebih penting dan yang paling menakjubkan pada haiwan ciptaan Allah S.W.T ini adalah mereka TIDAK MEMPUNYAI OTAK!!!

Alangkah malunya kita, manusia, yang dicipta Allah S.W.T diatas muka bumi ini dengan sempurna, dengan ada akal fikiran, hati dan perasaan dan dijadikan juga sebagai Khalifatullah diatas muka bumi ini jika dibandingkan dengan Semut.

Lihat keadaan masyarakat kita pada masa ini. Sering berbalah sesama kaum, bergaduh sesama bangsa, bercakar sesama rakyat sedangkan kita merupakan sebahagian koloni yang sama. Apakah rugi untuk kita bekerja bersama, bersatu dalam menjalankan tugas dan tahu tanggungjawab kita terhadap Agama, Bangsa Dan Negara? Bukankah dalam Islam juga diwajibkan setiap umat bersatu padu dan saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain? Seharusnya dengan otak yang kita miliki, kita dapat berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Seandainya kita tahu ada diantara kita yang melakukan kesalahan, adalah salah untuk kita menegur mereka? Hanya dengan menggunakan otak, sepatutnya kita tahu cara terbaik untuk menegur seseorang itu supaya mereka dapat mengikut apa yang yang kita katakan?

Malangnya dengan Otak yang di anugerahkan Allah S.W.T kepada kita, Manusia, hanya digunakan untuk melakukan kerosakan, kemusnahan, fitnah, tohmahan dan sebagainya. Malah kita juga turut mempersoalkan dan mempertikaikan apa sahaja cadangan orang lain. Macam kita sendiri sahaja yang betul. Apakah otak itu gunanya untuk memikirkan kepentingan diri semata-mata? Nauzubillah.

Sekarang, tanya semula kepada diri kita. Apakah sangat-sangat bertuah kita dijadikan Allah S.W.T dengan otak yang sempurna hanya untuk kemusnahan Agama Bangsa dan Negara atau kita nak jadi seperti semut yang hidupnya aman dan harmoni, bertugas demi koloninya dengan niat kerana Allah semata-mata?

Fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping