Berita arus perdana semalam,Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan menyatakan desakan Dewan Pemuda PAS Kelantan sebagai satu tindakan yang tidak bijak. Bagi beliau, ia membayangkan apa yag dilakukan oleh pimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri tidak selari dengan arahan pucuk pimpinan Parti.
Apa yang ironiknya dalam kenyataan beliau itu ialah, beliau sendiri merupakan Exco dalam Dewan tersebut. Adakah tindakan yang dilakukan oleh Dewan tersebut berada diluar pengetahuan beliau? Andaikata beliau menyifatkan Dewan tersebut tidak bijak, maka secara lazimnya beliau juga terlibat sama.
Bertambah celaru apabila Datuk Mahfuz Omar, yang juga Naib Presiden Pas turut menyatakan pendapatnya bahawa Abdul Ariffahmi perlu meletakkan jawatan segera tetapi disanggah oleh Nik Aziz. Jika ditanya pula oleh pihak media, Abdul Ariffahmi berkata beliau hanya mengikut arahan Pucuk Pimpinan tertinggi. Kenyataan tersebut sahaja dengan sendirinya menimbulkan persepsi buruk terhadap pimpinan Parti Pas. Dalam erti kata lainnya, pasti ada sesuatu yang tersembunyi disebalik isu ini. Perkara ini dilihat masih tergantung di minda masyarakat kerana ianya tidak diberi kenyataan rasmi oleh pihak terbabit.
Sebagai contoh, apakah arahan yang harus dan wajib dipatuhi oleh Abdul Ariffahmi dari pucuk pimpinan parti tersebut? Mengapa, selepas dua kali dipanggil oleh Exco Dewan Pas Negeri, Abdul Ariffahmi masih enggan melepaskan jawatan tersebut? Kenapa pula Dewan Pemuda Pas Negeri dengan tiba-tiba mengesa dan mendesak agar Abdul Ariffahmi ini meletakkan jawatannya segera? Adakah teguran dari seorang pucuk pimpinan tidak memadai untuk mengatakan bahwa tidak semua pimpinan Pas tertinggi mewajibkan Abdul Ariffahmi untuk kekal di jawatan CEO itu?
Sebelum ini, mereka mempertikaikan tindakan Datuk Dr Hassan Ali dengan Isu Penjualan Arak di Kawasan Majoriti Melayu. Kemudian mereka turut mempertikaikan tindakan Bai'ah Talak Tiga Khalid Samat. Dan sekarang, mereka masih bertelingkah dan cuba menyembunyikan agenda sebenar perletakkan jawatan Abdul Ariffahmi. Secara keseluruhannya, mereka, akhirnya, menyalahkan diri sendiri dalam merencana perjalanan Parti mereka sendiri.
Bagi saya, jika dilihat dari satu retrospektifnya, Pas bercelaru disebabkan mereka mula hendak beralih arah dari perjuangan asal mereka. Mereka dilekakkan dengan 'Mimpi Indah' Pakatan Rakyat yang sentiasa di dendangkan oleh Anwar Ibrahim. Apakah mereka masih belum mahu sedar dan bangkit dari buaian PKR serta DAP? Jangan biarkan diri kita diselubungi misteri.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.