Dalam kesempatan ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1431H. Harapan saya semoga kita, rakyat Malaysia ini dapat memahami dan menyelami sirah Hijrah Rasulullah S.A.W 1431 tahun yang lalu.
Dalam posting saya yang sebelum ini, saya telah menyingkap sedikit sebanyak sirah awal Hijrah Rasulullah S.A.W dan apa yang menyebabkan Kaum Aus & Khazraj mudah menerima Islam pada ketika itu. Cuba kita bayangkan seketika, jika kita berada dalam situasi pada waktu itu. Alangkah bagusnya jika kita, yang sudah sedia berada dalam Islam ini bersatu padu sepertimana yang dilakukan oleh kaum Aus dan Khazraj di Yathrib. Sedangkan mereka tidak berada dalam Islam dan tidak memahami Islam pada awalnya boleh bersatu demi perpaduan Ummah kenapa tidak kita? Tengok zaman sekarang apa dah jadi. Ada orang yang mahukan perpaduan dan mengeratkan Ukhwah, dikenakan tindakan disiplin. Kenapa perkara seumpa ini berlaku?
Apakah kita, Umat Islam di Malaysia ini tidak memiliki jiwa yang sepatutnya untuk bersatu padu? Apakah kita tidak dibesarkan dalam golongan monotheis seperti mana kaum Aus dan Kahzraj itu dibesarkan? Atau adakah kita masih memerlukan bangsa luar yang bukan seagama dengan kita seperti Jepun untuk menyatu padukan kita?
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.