Isnin, Disember 07, 2009

Sambungan Bahagian 1.

Suwaid bukanlah satu-satunya contoh bahawa pemahaman terhadap Konsep Kerohanian dalam agama dikalangan penduduk-penduduk Yathrib. Ia juga bukan merupakan satu-satunya faktor utama Hijrah Rasulullah S.A.W bersama-sama umat Islam Mekah ke sana.

Keadaan Aus dan Khazraj yang bermusuhan dengan Yahudi memaksa mereka mencari sekutu lain dikalangan jazirah Arab. Maka mereka pergi ke Mekah atas tujuan merangka persekutuan agar dapat menentang musuh mereka itu. Dikala itulah datangnya Abu'l-Haisar Ans bin Rafi' ke Mekah bersama-sama pemuda Banu Abd'l-Asyhal, termasuk Iyas bin Mu'adh. Rasulullah mengetahui tujuan mereka lalu pergi berdakwah seperti biasa dan memperkenalkan Islam kepada mereka. Walaupun apa yang mereka dengar dari dakwah Rasulullah itu lebih baik dari apa yang mereka miliki sekarang, namun tidak ada diantara mereka yang memeluk Islam kecuali Iyas. Ini disebabkan Insiden Bu'ath yang menyebabkan perang saudara berlaku sesama mereka.

Walaupun demikian, kata-kata dan dakwah Rasulullah itu tidak menjadi sia-sia kerana ia meninggalkan bekas serta menjadi ingatan bagi mereka setelah mereka pulang dari Mekah. Insiden Bu'ath yang berlaku di Yathrib telah melewatkan penerimaan Islam dikalangan puak Aus dan Khazraj ini. Permusuhan yang sengit ini meninggalkan kesan yang mendalam bagi kedua-dua pihak. Persengketaan ini secara tidak lansung membenarkan Yahudi terus berkuasa di Yathrib. Kesedaran terhadap akibat persengketaan Aus dan Khazraj ini tidak dapat dilihat dengan nyata oleh kedua-dua puak berkenaan. Hakikatnya, mereka umpama Menang Jadi Abu, Kalah Jadi Bara sahaja. Keadaan ini berlarutan sehingga mereka akhirnya berhenti seketika dan sedar akan kesudahan bagi mereka sendiri. Lalu mereka teringatkan satu perenggan ayat dari Rahib-rahib Yahudi setiap kali mereka berselisih:

"Akan ada seorang Nabi Utusan Allah yang sudah dekat waktunya. Kami akan menjadi pengikutnya dan kami dengan dia akan memerangi kamu seperti Perang 'Ad dan Iram".

Mengingatkan kata-kata itu, maka mereka juga mula memikirkan dakwah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ketika musim ziarah yang lalu. Mereka akui bahawa Muhammad S.A.W adalah Nabi Utusan Allah yang disebutkan oleh Yahudi itu dan menyatakan diri mereka masuk Islam.

Bukanlah hanya disebabkan ayat yang diperkatakan oleh Yahudi itu sahaja yang menjadikan mereka yakin terhadap seruan Rasulullah S.A.W. Tetapi pemahaman mereka terhadap konsep kerohanian, percaya kepada tuhan yang satu dan keharmonian diantara kaum juga menjadi aspek utama dalam proses mereka menerima Islam pada waktu itu. Lalu perkara ini disebarkan oleh Banu'n Najjar, dari keluarga Abd'l-Muttalib dari pihak ibu saudara Rasulullah yang mengasuhnya dari kecil di Yathrib yang juga dikenali sebagai Madinah. Dan ternyata ianya amat mudah diterima oleh setiap penduduk di situ tanpa mengira kaum, suku mahupun puak. Mereka sedia menerima agama ini dimana mereka juga akan menjadi golongan monotheis seperti Yahudi tetapi lebih baik dan mulia dari itu. Dan tiada satu keluarga pun dari kedua-dua kaum itu yang tidak menyebut nama Muhammad 'alaihissalam.

Tahun ziarah berikutnya, datang 12 orang penduduk Madinah bertemu Rasulullah di 'Aqaba. Tempat inilah yang menjadi saksi dimana mereka menyatakan ikrar mereka yang kemudiannya dikenali dengan nama Ikrar 'Aqaba kali pertama. Mereka berjanji tidak akan menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak melakukan zina, tidak akan membunuh anak-anak, tidak mengumpat juga tidak memfitnah sesama sendiri. Dalam peristiwa ini, Nabi Muhammad S.A.W telah menugaskan Mush'ab Bin 'Umair supaya membacakan ayat suci Al-Qur'an, mengajar Islam dan seluk-belok hukum agama.

Demikian yang dilakukan oleh Mush'ab sehingga tahun ziarah berikutnya dimana beliau datang ke Mekah dengan jumlah yang lebih besar dengan iman kepada Allah S.W.T yang lebih kuat. Maka atas dasar itulah yang difikirkan Rasulullah S.A.W bahawa adalah lebih baik disatukan Penduduk Islam Mekah dengan saudara mereka, Penduduk Islam Madinah kerana keadaan disana lebih aman dan tiada gangguan. Mereka bebas dari kekejaman Quraisy yang selalu menghina, mengutuk, mengkeji dan memfitnah agama mereka. Tambahan pula rezeki mereka di sana akan lebih mudah diperolehi tanpa sebarang penindasan dari orang lain.

Rasulullah juga mula memikirkan bahawa betapa baiknya jika Baginda sendiri turut serta dalam Hijrah kali ini. Demikian sedikit sebanyak latarbelakang Hijrah Rasulullah S.A.W 1430 tahun yang lalu. Sesungguhnya hijrah ini sangat-sangat bermakna dan mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh dikaji sehingga hari ini. Ia sepatutnya menjadi pengajaran dan pedoman buat umat Islam di serata dunia khususnya dan didalam Malaysia terutamanya. Insya Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping