Dalam perkara ini, saya teringat masa saya berusia 12 tahun. Ada satu insiden dimana saya telah menyusup ke bilik kakak saya dan membaca buku-buku dalam koleksi beliau. Sehingga ke hari ini, saya masih tidak dapat melupakan kisah sebuah buku yang pada ketika itu lagunya juga sangat popular dengan tajuk Isabella. Jika kita tanya kepada penulis lirik lagu tersebut (M. Nasir), darimana asalnya ide beliau untuk menulis lagu itu jawapannya sama. Buku yang dibaca oleh beliau itu jugalah yang telah dibaca oleh saya sewaktu berusia 12 tahun.
Kisah Isabella ini pada asalnya mengenai seorang anak ketua paderi di Negara Andalusia yang pada ketika itu dibawah Empayar Islam. Maka diceritakan pada satu hari, tiba pasukan tentera Islam di kawasan Gereja itu dalam perjalanan mereka ke bahagian Barat Andalusia untuk menyebarkan syiar Islam. Lalu tentera tersebut mohon kepada ketua Paderi untuk tumpang berehat di dalam kawasan gereja. Ketua Paderi tersebut bersetuju dengan niat yang lain iaitu beliau cuba untuk memesongkan akidah pasukan tentera Islam itu dalam pada masa yang sama. Maka, ketua paderi itu menjemput Panglima Angkatan tentera Islam itu untuk mengadakan sesi dialog tentang perihal agama masing-masing, Islam dan Kristian.
Mujur dengan hidayah Allah S.W.T dan ilmu serta iman yang tinggi, Panglima Tentera Islam itu kekal dengan Agama Islamnya tanpa terpesong akidah beliau walaupun dihujani beberapa persoalan Theologi yang ditanya oleh Ketua Paderi itu. Sepanjang sesi berdialog itu berlansung, hampir keseluruhan penduduk kampung itu turut serta termasuk anak ketua paderi itu sendiri, Isabella. Akhirnya, apabila dialog itu selesai, hampir separuh dari penduduk kampung dan Isabella sendiri mengucap dua kalimah Syahadah dan masuk Islam. Kemarahan yang tidak terhingga ketua paderi itu kerana bukan sahaja beliau kalah dalam sesi dialog dan mengubah akidah Panglima Tentera Islam serta angkatannya tetapi beliau juga turut kehilangan anaknya sendiri. Oleh yang demikian, Isabella telah dihantar ke Utara Andalusia untuk dikahwinkan dengan anak raja dari Aragon dan akhirnya keluar Islam.
Membaca petikan dan tajuk utama akhbar politik sebuah parti baru-baru ini mencetuskan rasa ingin tahu saya, Apakah Diakhir sesi dialog mereka nanti akan bertambah bilangan Umat Islam di Malaysia atau mereka sekadar mahu mencari persefahaman dalam bab beragama? Jika natijahnya atau tujuan mereka mengadakan sesi dialog untuk mengoyahkan kepercayaan Trinity dan mengubahnya kepada Islam, Syukur Alhamdulillah. Tetapi persoalan utama yang muncul dalam pemikiran saya ialah adakah akhirnya nanti, pihak gereja-gereja Katolik ini akan dapat menerima Kalimah Lailahaillah, Muhammad Rasulullah - Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah? Jika itulah jawapannya, maka saya sokong usaha berdialog yang hendak diadakan oleh pihak tersebut. Tetapi jika ianya sekadar mahu mencari persefahaman, maka lebih baik ianya tidak diadakan lansung.
Pesan Saidina Ali R.A:
''Berkata-katalah kamu dengan apa yang mereka fahami dan jangan sekali menyebut apa yang mereka tolak dan tidak faham. Apakah kamu mahu Allah dan RasulNya dicerca dan dipermainkan?''
Ingatlah, bahawa Islam tidak mungkin dapat menerima kewujudan Agama Trinity yang dibawa oleh Kristian. Biar apa pun alasan yang mereka berikan, Umat Islam di Malaysia ini diingatkan supaya tidak termasuk dalam perangkap mereka. Alasan bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain tetapi tidak boleh disalahgunakan adalah alasan paling bodoh pernah saya dengar.
Untuk apa mereka mahu gunakan Kalimah Allah dalam penulisan mereka jika tidak mahu disalah gunakan? Berikan satu contoh ayat dalam Majalah mereka dan cuba kita terjemahkan. Saya pasti maksudnya mesti disalah gunakan. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ulama di Malaysia ini dan tidak ada seorang pun yang menolak bahawa Allah S.W.T Yang Maha Pencipta sekalian alam, Langit dan Bumi serta setiap sesuatu diantaranya. Tetapi hakikat ini telah disalahgunakan oleh Agama Sumawi yang lain, Yahudi dan Nasrani (Kristian) bukan baru malah sudah beribu tahun lamanya. Jika Ayat yang diturunkan Allah S.W.T boleh dipesongkan oleh mereka tanpa was-was, inikan pula ayat-ayat yang ditulis oleh tangan manusia yang difikirkan dengan akal mereka yang jahil bagai setitik air dalam lautan yang luas?. Jadi untuk apa lagi ada pihak yang mahu membenarkan mereka menggunakan Kalimah Allah dalam penulisan mereka? Bukankah ianya satu alasan yang bodoh pernah kita dengar?
Dalam keadaan seperti ini, saya sendiri menyeru umat Islam agar menguatkan Iman dan meningkatkan Ilmu pengetahuan. Sekurang-kurangnya fahami isi kandungan Agama Trinity ini dan kemudian buat keputusan yang wajar berdasarkan Akidah Ajaran yang Benar, yang Ad-Din. Bacalah Surah Al-Ikhlas dan jadikan ianya sebagai amalan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
''Bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali kerana ianya seumpama membaca sebuah Al-Qur'an.'' Hadis Riwayat Saidina Ali R.A.
Fikir-fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.