Isnin, Januari 18, 2010

Sinar harian hari ini sekali lagi memaparkan kebodohan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan pendapat dari Ulama Mesir, Syeikh Yusof Al Qadarawi bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Jelas dan nyata bahawa DSAI ini sangat mudah mengambil ayat orang dan digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri tanpa memikirkan dengan lebih mendalam secara Ilmiah akan apa dinyatakan oleh pendapat Ulama itu terlebih dahulu. Jelas niat DSAI hanya semata-mata mahu menonjolkan diri sebagai Wira dalam Isu Kalimah Allah ini. Tetapi, apakan daya. Bodohnya dia memakan diri.

Dalam banyak-banyak hujah dan penjelasan yang kita baca dimana-mana serta penjelasan dari tokoh-tokoh ulama Malaysia, penggunaan Kalimah Allah itu memang boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Soalnya sekarang, adakah golongan bukan Islam itu tidak akan menyalah gunakan Kalimah Allah itu? Seperti mana yang saya pernah persoalkan dulu, adakah boleh kita sebagai manusia biasa percaya bahawa golongan bukan Islam ini akan menghormati dan tidak menyalah gunakan Kalimah tersebut? Sedangkan dalam Al-Qur'an banyak kali menyebut bahawa ini terdiri dari kalangan pendusta yakni Yahudi dan Nasrani. Sedangkan ayat-ayat yang diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Musa dan Nabi Isa A.S. pun mereka boleh salah gunakan, inikan pula ayat-ayat yang dibuat oleh manusia? Mana logiknya? Yang nyata, Allah S.W.T adalah Yang Maha Pencipta Sekalian Alam, Langit dan Bumi serta setiap sesuatu diantara keduanya. Tetapi golongan yang beragama Sumawi ini, Yahudi dan Nasrani (Kristian) ini telah memutar belitkan ayat-ayat yang diturunkan itu.

Adakah dalam Al-Qur'an di sebut Nabi Isa itu anak tuhan? Tidak! Tetapi didalam Injil mereka kata demikian. Mereka (Kristian) menolak mentah-mentah kenyataan bahawa Nabi Isa itu hanya manusia biasa tetapi dengan kelebihan yang tersendiri yang dikuniakan Allah S.W.T sepertimana Nabi dan Rasul sebelumnya. Dengan kenyataan ini sahaja menjadi bukti yang kukuh bahawa mereka, penganut agama Sumawi menyalah gunakan ayat-ayat suci. Bukan ini sahaja contoh-contoh yang diberikan dan digambarkan dalam Al-Qur'an mengenai penganut agama Sumawi ini. Baca sahaja surah Maryam yang benar-benar di khaskan dan menceritakan kita mengenai golongan Nasrani (Kristian) ini. Jadi bagaimana mungkin untuk kita menerima kepercayaan mereka agar tidak menyalah gunakan Kalimah Allah didalam penerbitan mereka? Bagaimana orang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri masih mahu mempertahankan dan membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah? Adakah beliau ingin mengatakan bahawa isi kandungan Al-Qur'an Nur Qarim itu salah dan tidak boleh diterima?

Jadi, persoalan saya sekali lagi, bagaimana boleh kita sebagai umat Islam membenarkan orang bukan Islam menggunakan dengan sewenang-wenangnya Kalimah Allah ini dalam penerbitan mereka? Sekadar menyebut secara lisan, mungkin boleh diterima selagi ayat yang disusun tidak menyingung kesucian Kalimah itu.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping