Salam 1Malaysia.
Kalau nak diikutkan, itulah maksud sebenar PR bagi pembangkang. Mereka ibarat Pahat Retak. Rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
Setiap kali mereka mengalami kekalahan, ada sahaja perkara yang tidak betul. Ada sahaja pihak yang akan dipersalahkan dari segala segi. Setiap sudut ada sahaja salah dan silapnya.
Macam-macam tuduhan yang mereka lemparkan. SPR melaksanakan Pilihanraya tidak adil dan saksama. polis berat sebelah. Dan seperti kebiasaan mereka bila kalah, buat petisyen. Saman dalam mahkamah. Minta supaya keputusan Pilihanraya itu tidak sah.
Itulah yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim. Sudah la beliau dikatakan sebagai kaki botol, kaki lumba kuda dan sebagainya. Malah beliau juga tidak ada rasa syukur dengan Khifarah Allah S.W.T. Astargfirullah. Beliau secara sembunyi menolak Rukun Iman yang ke enam - Percaya Kepada Qada' dan Qadar Allah.
Teringat pesan Rasulullah S.A.W. Seseorang itu tidak perlu meminta - minta untuk menjadi pemimpin. Tetapi lain pula dengan Zaid Ibrahim ini. Seperti kanak - kanak 5 Tahun yang kehilangan alat permainannya. Pergi balik tadika la Zaid.
Beliau juga turut menyalahkan Barisan Nasional kerana menyebarkan berita fitnah. Diantaranya, beliau menyatakan bahawa beliau kaki botol. Jika benar beliau bukan kaki botol, mengapa beliau tidak mengangkat sumpah Muhabalah seperti yang digembar gemburkan sebelum ini? (Klik)
Secara logiknya, setiap kali pilihanraya bukan sahaja Barisan Nasional tetapi Pembangkang juga biasa menaburkan janji. Bezanya, janji yang ditaburkan mereka tidak ada satu pun yang mampu atau telah ditunaikan. Dan kali ini juga rasanya janji manis mereka mustahil tidak ada. Lihat sahaja janji DSAI kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat akan MERAMPAS PUTRAJAYA pada 16 September 2008. Apa sudah jadi pada janji itu?
Bukankah itu juga satu janji? Dan jelas terbukti bahawa geng Pahat Retak ini tidak mampu untuk menunaikan apa yang mereka kata. 'They Can't Walk The Walk, And Talk The Talk'. Cakap Tak Serupa Bikin.
Jadi untuk apa lagi Zaid Ibrahim mempertikaikan bahawa BN mengamalkan rasuah dengan pelbagai janji demi meraih undi? Untuk apa lagi Zaid Ibrahim mengatakan BN menabur fitnah sedangkan bukti jelas mereka juga turut menggunakan taktik yang sama. Sebagai contoh Surat Palsu yang diedarkan kepada pengundi di sekitar Hulu Selangor.
Itu bukan sahaja fitnah, malah mereka secara terang - terangan Menipu Rakyat. Tetapi adakah pihak BN mengambil sebarang tindakkan? Adakah pernah BN membuat Petisyen bila mereka kalah dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu?
Seperti kata Tan Sri Muhyidin Yassin, 'BE A GENTLEMAN'. Mengaku kalah bukan bermaksud hilang maruah. Apa jadi pada kata-kata Zaid Ibrahim pada malam keputusan dikeluarkan? Bukankah beliau sendiri kata beliau REDHA dengan kekalahan. Adakah ini caranya beliau Redha? Rasanya Tok Guru kena beri banyak tumpuan kepada Zaid Ibrahim dalam hal ini.
Fikir - Fikirkan Lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.