Rabu, April 28, 2010

Salam 1Malaysia.

Laporan Awani sehari selepas Pilihanraya menyatakan bahawa Nik Aziz nafi ingkar perintah Sultan Selangor. Baginda Sultan telah memberikan arahan agar Masjid dan Surau tidak dijadikan gelanggang berpolitik bagi mana - mana parti sekali pun.

Namun dalam temubual bersama Astro Awani, Nik Aziz menyatakan bahawa beliau tidak diberitahu atau tidak dimaklumkan oleh sesiapa pun mengenai perkara ini. Sila lihat video dibawah untuk pengesahan.



Nik Aziz hanya menyatakan bahawa berpolitik tidak kira tempat. Malah seruan azan juga merupakan politik. Malah beliau juga turut menyatakan bahawa ayat pertama Surah Al-Fatihah itu juga politik.

Persoalannya, politik siapa? Azan dilaungkan agar semua umat berkumpul menunaikan solat. Agar setiap umat Islam itu menjalankan tanggungjawab mereka kepada Allah S.W.T. Jadi, seruan azan itu politik siapa? Bilal Bin Rabbah? Atau adakah Tok Guru ingin menyatakan bahawa Allah juga berpolitik? Nauzubillah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz bahawa beliau tidak tahu bahawa Masjid dan Surau adalah kawasan larangan berpolitikjuga tidak munasabah. Baca Malaysiakini hari ini. Hassan Ali sendiri telah menyatakan dengan terang:

"Pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik".

Maka untuk menjadikan alasan bahawa tok guru tak tahu, adalah satu perkara yang mustahil. Jika benar apa yang didakwa, kenapa Hassan Ali tidak memaklumkan beliau terlebih dahulu?

Begitulah resam pembangkang. Bila perkara itu terkena batang hidung sendiri, mereka ada sahaja alasan. Dan kebanyakkan alasan mereka itu tidak masuk akal. Sukar bagi orang yang berfikiran jauh untuk menerimanya.

Janganlah jadikan Agama Islam itu sebagai perisai semata - mata. Jangan cemar kesucian Islam itu sebagai alasan untuk menutup salah sendiri sahaja. Akhirnya, alasan itu akan menampakkan kebodohan dan keaiban diri sendiri sahaja.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping