Salam 1Malaysia.
Ekoran daripada penafian TGNA terhadap larangan Sultan Selangor untuk menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, maka Baginda hari ini sekali lagi mengeluarkan titah. Baca Malaysiakini hari ini.
Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
Seperti yang kita sendiri tahu, Masjid merupakan tempat beribadah bagi setiap umat Islam. Maka untuk TGNA mengatakan bahawa Islam dan Politik itu adalah sama agak meragukan.
TGNA juga turut menegaskan, di zaman Rasulullah S.A.W, kebanyakkan aktiviti dilakukan dimasjid. Termasuk berpolitik.
Penjelasan beliau itu boleh diterima, tetapi ianya tidak lagi relevan pada zaman sekarang. Jika kita menelusuri Sirah Rasulullah S.A.W, kita dapat lihat perbezaannya.
Masjid dan Musallah pada ketika itu menghimpunkan orang ramai terutamanya dari Umat Islam. Disitu mereka hanya membicarakan tentang soal Hukum Agama selain mengeratkan silaturahim. Maalah pelbagai aktiviti juga turut dijalankan di Masjid seperti mengaji Al-Qur'an, bertanyakan soal kehidupan, mendalami ilmu Agama, mengadakan kenduri dan sebagainya. Mana pernah mereka menggunakan Masjid untuk memburuk - burukkan orang lain.
Pada ketika itu juga, PERPADUAN UMMAH orang Islam sangat akrab dan kuat. Berbeza dengan pada zaman sekarang. Setiap kali perkataan Perpaduan disebut, pembangkang terutamanya suka memberi pelbagai alasan sedangkan pada zaman Rasulullah perkara sedemikian (Alasan untuk bersatu) tidak wujud.
Hanya orang - orang Kafir Quraish dan Yahudi sahaja tidak menerima konsep perpaduan ini. Mereka meletakkan pelbagai syarat untk bersatu dengan Umat Islam dan Kerajaan Madinah terutamanya.
Maka larangan bagi orang bukan Islam memasuki kawasan masjid secara strateginya adalah untuk mengelakkan kebocoran rahsia. Ini kerana Masjid pada zaman itu juga turut dijadikan tempat Syura Perang diadakan.
Jadi, TGNA perlu faham keadaan semasa. Bukan tidak boleh guna Masjid untuk sebarang aktiviti lain. Cuma jangan jadikan Masjid dan Surau sebagai tempat mengadu domba, mengutuk dan menghina orang terutamanya Umat Islam sendiri. Jangan jadikan Masjid sebagai perisai atau kubu mereka atas tujuan peribadi.
Sepatutnya beliau lebih arif terhadap pemahaman ini. Beliau seharusnya tahu musibbah menyalah-gunakan kemudahan dan rumah Allah ini. Maka itu sebabnya, Politik dan Agama perlu diasingkan selagi Perpaduan Ummah itu tidak tercapai.
Fikir - Fikirkan lah.
Ps: Dah dua kali ulang, tak paham juga tak tahu la Semut Hitam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.