Sabtu, April 10, 2010

Demi Rakyat, Kami Relakan.

6 April 2010 - Hari ini telah berlansungnya Upacara Pecah Tanah di Pekan Karak, Bentong Pahang. Upacara yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang itu adalah sempena Projek Pembekalan Air ke Negeri Selangor. Turut hadir di Majlis Upacara itu ialah Menteri Besar Pahang; YAB Dato Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob serta Menteri Tenaga dan Sumber Manusia Malaysia.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM 3.9 Billion itu adalah untuk memastikan Bekalan Air Negeri Selangor mencukupi. Dianggarkan sebanyak 1,890 liter air akan disalurkan dari Negeri Pahang melalui terowong air sepanjang 44.6 km sehari. Terowong yang bermula dari Kampung Jambu Rias itu akan berakhir di Hulu Langat Selangor.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2014 diharapkan mampu membantu rakyat Selangor amnya dari kehabisan bekalan air. Setakat ini pembinaan terowong itu sudah pun dijalankan sejak Jun 2009 lagi dan hari ini ianya didedahkan kepada masyarakat umum.

Mengikut rekod, Kerajaan Negeri Pahang sudah mula memperkenalkan subsidi air kepada seluruh penduduk di Negeri Pahang ini sejak bertahun lamanya. Subsidi yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pahang adalah dianggarkan sebanyak RM3.00 bagi setiap RM1.00 yang dikeluarkan oleh pengguna. Maka secara kasarnya, penggunaan Air dibawah RM20.00 akan diberikan secara Percuma. Dan perbelanjaan ini tidak pernah berkurangan walaupun ekonomi Negara mengalami kegawatan dahulu.

Bayangkan, Pahang merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia mampu menanggung subsidi sebanyak itu bertahun lamanya. Tambahan pula, takrif air di Negeri Pahang tidak pernah naik sejak tahun 2000.

Hari ini juga, selepas baru dua tahun menjadi kerajaan Negeri, Pembangkang di Selangor masih mahu mendabik dada dengan mengatakan mereka mengamalkan Negeri Berkebajikan mereka. Mereka mengatakan bahawa mereka sudah menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Salah satu janji-janji tersebut ialah memberikan bekalan air percuma bagi setiap 20 meter padu air kepada rakyat. Itulah, kononnya merekalah yang membekalkan air tersebut. Sedangkan hakikat sebenar tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Selama ini, bekalan air di Selangor banyak bergantung kepada Negeri Pahang dan negeri-negeri lain disekitarnya. Ini disebabkan bekalan air sedia ada di Selangor tidak mencukupi untuk kegunaan sama ada bagi sektor Industri mahupun kegunaan rakyat. Namun perkara ini tidak pernah diperkatakan sebelum ini kerana pentadbiran Negeri Selangor tidak seangkuh dan bongkak serta sombong seperti pentadbirannya hari ini yang diterajui oleh Pembangkang. Mereka bukan sahaja bangga diri dan dengan tidak mempunyai perasaan rendah diri serta malu mengaku merekalah juara rakyat. Sedangkan hakikat sebenar kerajaan Negeri Selangor sudah banyak berhutang dengan Negeri Pahang amnya dalam membekalkan air mentah sebelum ini. Tetapi seperti kata Menteri Besar Pahang, Demi Rakyat, kita biarkan sahaja.

Apakah ini yang dikatakan Pembangkang bahawa mereka sudah melaksanakan janji mereka dalam pilihanraya yang lalu? Sebelum ini mereka sibuk mengatakan Kerajaan Pusat meniru Slogan dari Luar Negara. Malah Model Ekonomi Baru juga turut dikatakan hasil ciptaan mereka. Apakah ini belum cukup bukti bahawa merekalah yang meniru Pelan Kebajikan Kerajaan Persekutuan? Bukan sahaja mereka meniru Kerajaan Persekutuan, tetapi mereka juga mengambil kaedah yang sudah berkurun lamanya diamalkan di Negeri lain dan mereka kata mereka yang buat. Ini semua hasil kepimpinan yang tidak tahu buat kerja. Dan hakikat sebenarnya, mereka hanya pandai meniru dan menipu sahaja. Bukan setakat itu sahaja malah dalam program yang diadakan hari juga mereka lansung tidak menghantar wakil. Itulah bukti yang jelas dan nyata tentang keegoan serta keangkuhan mereka.

Adakah ini contoh bakal Kerajaan kita dimasa akan datang? Mengabui mata rakyat dengan mengaku sesuatu perkara yang tidak pernah mereka lakukan? Adakah mereka layak kita gelarkan sebagai juara rakyat ataupun pemimpin? Baru dua tahun memerintah sudah sombong, angkuh, bongkak dan suka mendabik dada dengan mempertikaikan apa yang orang lain tidak lakukan. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan dimasa akan datang?

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping