Menjelang PRK Hulu Selangor.
Bahang sudah mula terasa. Malah kehangatannya bermula sebelum Allahyarham masih terlantar sakit lagi. Ini satu perkara yang masih merunsingkan sesetengah pihak. Persoalan yang timbul tatkala mendengar PRK Hulu Selangor bakal diadakan sebelum Allahyarham kembali ke rahmatullah membuatkan semua orang termanggu. Adakah kuasa politik lebih penting dari kesihatan seorang ahli Parlimen?
Hari ini, dalam Akhbar arus perdana, pelbagai spekulasi telah dilemparkan oleh mereka-mereka yang berkemampuan dalam bidang politik. Mereka memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang politik ini walaupun mereka ini bukan dari kalangan wakil rakyat. Mereka inilah yang digelarkan sebagai penganalisis politik. (Mungkin semut hitam juga begitu(?))
Melihat senario politik semasa, apa yang ditulis oleh penganalisis politik ini boleh kita terima sebagai pandangan dari satu spektrum. Mereka mengatakan bahawa PRK Hulu Selangor sangat penting untuk melihat reaksi rakyat terhadap keadaan politik dan parti semasa. Apa tidak, kedua-dua pihak bertelagah menghadapi cabaran masing-masing. Terutama pembangkang yang banyak didedahkan dengan status sebenar penipuan mereka kepada rakyat semakin nyata. Perkara ini amat jelas apabila mereka mengungkit dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan janji-janji mereka sedangkan perkara ini tidak berlaku di Hulu Selangor. Bekalan air pun Negeri-Negeri yang berhampiran sedekah, tapi mereka kata mereka bagi air percuma. Ironik bukan?
Persoalan seterusnya ialah penentu kemenangan PRK Hulu Selangor ini. Mengikut rekod PRU yang lalu, Pembangkang memenangi kerusi Parlimen dengan kelebihan majoriti sebanyak 198 undi dengan bilangan keluar mengundi sebanyak 75 peratus. Walaupun mereka menang Parlimen, semua DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh BN. Jelas disini bahawa 198 undi itu adalah undi protes. Mungkin pengundi mahu menunjukkan signal kepada BN bahawa mereka tidak setuju dengan calon yang diletakkan pada ketika itu. Keadaan ini sahaja sudah cukup kuat untuk Pimpinan BN menolak pencalonan semula G. Palanivel untuk merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor pada kali ini. Harap-harap pucuk pimpinan menerima signal ini sejelas-jelasnya.
Carilah calon lain selain G.Palanivel. Bagi peluang kepada orang lain menunjukkan kebolehan mereka berkhidmat kepada rakyat. Buktikan kepada rakyat bahawa BN tidak ketandusan Pelapis. Inilah medannya, jika tidak bila lagi?
Melihat jumlah pecahan pengundi di Hulu Selangor, 52 peratus Melayu berbanding 19 peratus pengundi India. Angka ini sangat menghairankan. Kenapa letak calon MIC sedangkan jumlah pengundi Melayu lebih ramai? Secara logik akalnya, calon yang sepatutnya diletakkan disitu adalah dari kalangan Pemimpin UMNO atau setidak-tidaknya orang Melayu. Tetapi melihatkan keadaan semasa, perkara ini sudah mula menjadi lumrah dan hakikat Melayu pada hari ini. Biarpun peratusan pengundi tinggi, tetapi perpecahan Melayu itu juga sangat besar. 52 peratus pengundi Melayu itu harus dibahagikan sekurang-kurangnya kepada 3 iaitu:
1. Yang Menyokong BN.
2. Yang Menyokong Pembangkang
3. Yang di atas Pagar.
Maka secara tidak lansung, bilangan pengundi Melayu itu akan berkurangan. Perkara inilah yang menjadi kegusaran Semut Hitam apabila koloninya berpecah belah. Jadi orang lain diangkat untuk menjadi calon yang akan mewakili mereka di Parlimen nanti. Tidak malukah Melayu dengan hakikat ini?
Disebabkan jumlah pengundi Melayu yang menyokong BN rendah maka tumpuan harus diberikan kepada golongan Minoriti. Ini juga satu tamparan kepada bangsa yang suatu ketika dulu menjadi tuan di Tanah Melayu? Bukan mahu memperkatakan mengenai racist, tetapi inilah hakikatnya. Adakah Melayu mahu menjadi pengikut dibuminya sendiri?
Apa-apa pun, keputusan siapa calon di Hulu Selangor masih menjadi tanda tanya. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk menuntukan siapa yang akan bertanding nanti. Harapan agar calon tersebut dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya lebih baik dari yang sebelumnya. Bukan untuk orang lain dan bukan juga untuk kepentingan dirinya sendiri sahaja. Buatlah yang terbaik demi Anak Bangsa dan Negara yang tercinta. Jika calon itu dari kalangan orang Islam, tak kira sama ada Pembangkang atau BN, buatlah demi Allah S.W.T.
Fikir-fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.