PRK Hulu Selangor - P94
22 April 2010 - Hari ini, aktiviti berkempen diteruskan. Kelainannya, Dato Seri Shahidan Kassim yang mengetuai rombongan dari Arau dan Padang Besar memilih untuk berjalan kaki dari rumah ke rumah. Jarak perjalanan yang beliau lalui dianggarkan sejauh 10 km.
Beliau memulakan perjalanan dari UMNO Cawangan Melor ke Bilik Gerakan Taman Desa Anggerik 1 dan 2. Di sana, beliau telah meluangkan masa menziarahi penduduk tempatan terutamanya mereka yang uzur.
Dalam sesi lawatan beliau petang tadi telah menemukan beliau dengan seorang rakan yang sama-sama menuntut di Universiti dulu. Dalam perbualan mereka, Dato Shahidan menganggarkan mereka telah terpisah sejak 28 tahun yang lalu.
Beginilah contoh pemimpin yang kita mahu. Kualiti pemimpin yang sanggup turun padang dan bergaul mesra dengan masyarakat harus dijadikan teladan. Malah tenaga dan keringat yang dikeluarkan terasa berbaloi.
Tidak seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya tahu turun kereta dan bersalaman dengan orang. Baru dipilih menjadi Ahli Parlimen sudah mula bercakap menggunakan bahasa Inggeris, walaupun yang beliau jumpa itu orang Melayu.
Ke mana hilangnya jatidiri Ahli Parlimen tersebut? Sudah lah berbangsa Melayu, malah turut mewakili Parti yang memperjuangkan Islam kononnya.
Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
semua ke pemimpin BN mcm shahidan?
BalasPadamInsya Allah semua kot.
BalasPadamPM dah start turun Padang. Takkan pengikut-pengikut buat tak tau je?
Kalau bukan PRK pun, ada juga Pemimpin BN lain yang turun.