Khamis, April 15, 2010

Menjelang PRK Hulu Selangor.

15 April 2010 - Sinar Harian: Pakatan Main Isu Katak. Memetik kata-kata dari Chua Jui Meng dalam Sinar Harian hari ini sangat-sangat melucukan. Antara lain, Chua Jui Meng mengatakan Ahli-Ahli Parlimen yang telah melompat Parti itu ibarat katak.

"Yang melompat itu semua katak bodoh. Katak cerdik bersama kita."

Itulah ayat yang dipetik dari sinar harian hari ini. Apa yang melucukan, beliau sebenarnya meludah ke langit, terkena ke batang hidung sendiri. Mana tidaknya. Beliau juga KATAK Putih yang mula-mula melompat parti. Tidak pernah ada orang dari BN yang mempersoalkan kenapa beliau masuk PKR kerana alasannya jelas. Beliau kecewa kerana tidak dilantik semula menjadi Menteri. Harapan beliau masih bersandarkan mimpi dan angan-angan DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya melantik beliau kembali ke jawatan itu.

Selain itu, melihat pada sudur betapa ironiknya perjuangan dan pertikaian mereka dalam PRK Hulu Selangor turut menjadi bahan lawak jenaka. Hakikat mereka tidak ada isu yang boleh dibangkitkan, mereka mula menyalahkan Ahli Parlimen serta ADUN yang sudah keluar PKR. Kenyataan beliau dalam Sinar Harian jelas menyatakan bahawa dalam PKR semuanya KATAK belaka. Maka secara tidak lansung, Chua Jui Meng telah menukar maksud PKR kepada Parti Katak Ramai daripada Parti Keadilan Rakyat. Sebab semua yang tinggal dalam PKR hari ini adalah mereka yang terdiri daripada "Well Educated Frog" atau Katak Sekolah.

Adakah ini yang mahu disandarkan Pembangkang kepada pengundi Hulu Selangor agar mereka memilih Calon PKR dalam Pilihanraya Hulu Selangor nanti? Adakah pengundi-pengundi Hulu Selangor mahukan seekor Katak mewakili mereka dalam Parlimen atau seorang wakil rakyat yang berwibawa dan mampu membawa pembaharuan kepada masyarakat setempat? Pengundi Hulu Selangor harus bijak membezakan yang mana katak dan yang mana manusia sebenarnya.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping